Asam Garam Kehidupan

Nuffnang

Pages

19 Oct 2017

Tegang urat weyh.

Anak2 dok kecoh kenapalah ibu tak cuti, sekolah cuti katanya. Memangle sekolah cuti seminggu nak oi, tapi orang bekerja cutinya sehari je sempena deepavali. Baik Umar Zikri, baik kakak Nadhrah sorang pun tak mau ikut ibu pergi tadika. Tadika tak cuti eh? Aah, tadika den tu ada day care, tapi yang datang tu tak sampai separuh pun, so takdelah tension benau orang cuti, den kojo.

Semalam dah cuti tu, kita bawaklah anak2 jenjalan makan rojak Bellamy kat Jalan Bellamy tu. Sebelum pergi tu siap tanya dulu kat mylaling bersih ke..sebab bila sebut kedai mamak ni den ni dah jadi macam satu skeptical plak..dah banyak citer pasai kedai mamak ni kan, terutama bab2 kebersihan. Kedai mamak bawah tadika den tu, den selalu usha, kadang tengok bawang pun tak basuh, kopek2 terus potong bawak masuk dalam dapur, kalau ikan tu, siang2 buang perut masuk bakul jirus air je. Kalau den ikan tu bersihkan sekor2 siap kikis celah2 tulang darah yang hitam tu, barulah tak hanyir.

Oklah den jamin rojak mamak Bellamy tu kedainya bersih sebab nampak dapurnya konsep open air gitu kan, silalah sesapa yang teringin nak makan rojak tu.

Sempat singgah Kat Taman Tugu juga. Kira banyakla berjalan guna kaki( Kiki..memanglah jalan guna kaki, takkan guna tangan, maksud den tu berjalan kaki ) jalan mendaki takdelah sakit lutut dah sejak makan vivik Shaklee  ni. Sebenarnya den tak pernah sampai ke taman Tugu tu, seronok juga banyak pokok, ada sungai buatan. Toklaki den tu lebih suka tempat macam ni, kalau ajak ke soping mall maunya Raya taun depan baru dapat, tu pun sebab nak beli baju raya anak2.

Dah penat jenjalan semalam, so hari ni den amik cuti emergency gitew, alasan sangat kat boss, tegang urat banyak jenjalan. Tapi memanglah terasa tebal je peha ni masa duduk tahiyat tu, betis pun tegang je. Yelah masa jalan2 tu tak beringat yang awak tu dah tua..kan, padan muka den.

So hari ni, terasa bestnya jadi suri rumah sepenuh masa tengok suami pergi kerja, babai bah..bawak kete elok2..

Jadi bolehle kemas rumah, kain baju, dapur, bunga2 pastu landing2 depan tv macam mak okje tu kan.
Mak, Kita geng hari ni tau.
Abang speki tu seminggu ni cuti, nanti masuk second semester plak, dah bosan dok umah main game je, so abah bawak jalan2 Kat taman pun ikut jelah kan.

16 Oct 2017

Bijak menilai kasih-Nya

Hari ni aku ingin berbicara secara serius, moga ramai yang sudi mengambil manfaat.
 
Aku yakin ramai antara kita tidak suka dipanggil tua...termasuk aku salah seorangnya...kerana kalau diibaratkan daun, daun yang tua itu sudah kuning, kering, rapuh dan layu. Resah tatkala ditiup angin atau ditimpa hujan...oh...bila2 masa sahaja aku boleh gugur ke bumi.

Apabila mencecah usia 40-an, hati kita diserang cemas. Menopause atau putus haid akan membuka tirai tua buat kita. Tentu kita tertanya2, kenapa Allah datangkan ujian itu buat kita? Kenapa orang lelaki tidak diuji begitu?
Wanita beriman juga akan tua, mengalami proses putus haid, hidupnya tetap diuji sama seperti wanita2 lain juga. Malah ujiannya kadang kala lebih berat berbanding wanita biasa, lihat sahaja sejarah Siti Khadijah Al Kubra, saidatina Aishah, bukan calang2 ujian yang Allah timpakan buat mereka. Tapi merekalah sesabar2 manusia tika diuji. Mereka yakin ada sesuatu yang amat berharga dari Allah, antaranya Allah mahu mereka merasakan diri  benar2 hamba.
Sebab itulah wanita beriman tidak berduka walaupun usianya kian meningkat tua kerana dia tahu anugerah itu Allah beri kerana kasih-sayangNya. Dia sangat berterimakasih kerana Allah mahu selamatkannya supaya tidak lagi rakus memburu keseronokan hidup dan terbuai hanyut kerananya. Dia dapat merasakan Allah mahu mengajarnya supaya lebih berhalus denganNya dalam beribadah. Bukan lari dari realiti tua dengan menempek berbagai alat solek, pembedahan plastik untuk menutup segala kedutan isyarat tua itu.

Bila menyedari hakikat ketuaan itu, kita yang mahu melayakkan diri menjadi wanita beriman, akan sentiasa memperkemaskan diri, sesuai dengan usia, kita jaga tutur kata dan tingkah laku, supaya kita jadi orang yang sangat bersopan santun dengan suami, isteri solehah yang merasakan masanya untuk berkhidmat dengan suami sudah semakin singkat dan sentiasa bimbang kalau2 terbuat dosa yang mana boleh menghapuskan amalan sepanjang usianya. Kita mahu jadi wanita beriman yang cukup yakin dengan qadha dan qadarNya, seharusnya menerima hakikat bahawa dalam usia2 begini kekuatan untuk melayan keperluan batin suami kian menurun. Bukan disengajakan, tapi itulah kehendak Tuhan. Inilah percaturan hidup yang kita tidak boleh lari bila bergelar wanita. Ketika ini terasalah kita betapa kerdilnya kita di sisi Tuhan. Walaupun sewaktu gadis, kitalah si rupawan yang menjadi pujaan ramai lelaki.

Hakikatnya Allah beri peluang supaya kita dapat banyak merintih kepadaNya, supaya hati kita menjadi dekat kepadaNya, menyesali segala kelalaian yang lalu, serta memohon kekuatan agar disediakan hati yang mampu menerima ketentuan ini.

Semoga suami kita juga sentiasa dilapangkan dada dan sentiasa memberi semangat dalam menghadapi usia ini. Dengan bantuan dan doa suami, hati wanita beriman dipupuk supaya kian lembut dengan Tuhan. Dia berhempas pulas memperkemaskan ibadahnya kerana dia cukup yakin sedikit masa lagi dia akan dipanggil menghadap Tuhan.

Inilah 'zikir' yang paling berharga hadiah dari Tuhan, tanpa peringatan istimewa in belum tentu kita bersedia kembali kepadaNya. Sesungguhnya Dia Maha Tahu setiap apa yang dijadikanNya. Dihantarnya kita ke dunia in dalam keadaan cantik, bersih dan sihat. Jadi bila Allah mahu kita kembali kepadaNya, walaupun fizikal sudah tidak cantik dan sihat seperti dulu, namun wajiblah bagi kita kembali kepadaNya membawa hati yang sejahtera.
Aku mahu pulang kepadaNya membawa sekeping hati yang sejahtera.

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign