Asam Garam Kehidupan: Sambungan -Tidak takut Tuhan Punca Masalah

Nuffnang

Pages

2 Jul 2013

Sambungan -Tidak takut Tuhan Punca Masalah

Apakah kesannya bila orang tidak takut Tuhan.

1.  Apabila tidak kenal dan tidak takut Tuhan, perkara yang sepatutnya bukan masalah menjadi masalah.
Contohnya kemiskinan seperti mana pernah disebutkan dalam entri sebelum ini. Walaupun kebanyakan manusia tidak suka miskin, tapi ia bukan masalah. Bagi orang miskin yang tidak kenal dan tidak takut Tuhan, kemiskunan menjadi masalah kepadanya. Bila menjadi masalah, orang susah hati, menderita, jadi risau dan resah, maka ia menjadi masalah. 

Ia akan lebih menjadi masalah kalau mereka tidak sabar. Akhirnya mereka mencuri, menipu, merompak dan mungkin juga membunuh orang. Bila masalah yang pertama itu wujud, iaitu tidak takut Tuhan, yang tidak menjadi masalah seperti kemiskinan, akhirnya menjadi masalah.

Bersambung

Dipetik dari buku Buah Fikiran Ustaz Haji Ashaari Muhammad (2)




sekadar gambar hiasan

No comments:

Post a Comment

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign