Asam Garam Kehidupan: Takutilah Perosak Amalan

Nuffnang

Pages

4 Jul 2013

Takutilah Perosak Amalan

Takutilah Perosak Amalan

Takutilah riak, ia adalah pemusnah amal
Takutilah kibir kerana ia merosakkan kebajikan
Jauhilah pemarah,ia merosakkan amal soleh 
Ibarat api meleburkan besi
Takutilah syirik
Kerana ia menghapuskan seluruh ibadah dan kebajikan
Hindarlah nama dan glamor di dalam beramal
Ia ibarat jatuhnya najis ke dalam kuah
Semuanya rosak tidak boleh dimakan
Atau ibarat racun termasuk ke dalam makanan 
Semua sekalinya rosak
Menjaga amal lebih susah daripada beramal
Periksalah hati
Adakah di dalamnya mazmumah?
Ia ibarat racun maknawi dalam kebaikan
Kebaikan tidak menjadi kebaikan lagi
Kebaikan dianggap kejahatan
Awasilah mazmumah
Ia selalu sahaja menipu diri kita di dalam beramal
Di suatu masa orang yang pernah dibantu, memusuhi
Hati kecilnya berkata, 'Eh! orang ini tidak mengenang budi
Keikhlasannya ditarik semula
Allah! susahnya amalan deterima
Periksalah hati selalu.

Sajak dari buku Buah Fikiran Ustaz Haji Ashaari Muhammad

No comments:

Post a Comment

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign