Asam Garam Kehidupan: ABU NAWAS BERTEMU KHALIFAH

Nuffnang

Pages

2 Aug 2013

ABU NAWAS BERTEMU KHALIFAH


Seringkali kita dipaparkan watak Abu Nawas sebagai seorang yang berwatak licu tapi pintar. Mungkin bagi sesetengah orang, Abu Nawas hanyalah watak ciptaan untuk sebuah karya dongeng. Sebenarnya Abu Nawas memang wujud dalam sejarah. Abu Nawas atau Imam Abu Nawas merupakan seorang waliyullah yang hidup di zaman pemerintahan Khalifah Harun Al- Rasyid. Suatu pagi Abu Nawas bersuara nyaring di khalayak ramai.
                                                                                                                          

" Aku Abu Nawas sangat benci perkara yang haq, suka kepada fitnah dan dalam beberapa tahun ini aku lebih kaya dari Tuhan,"

Orang ramai yang mendengar amat terkejut apabila mendengar Abu Nawas berkata demikian. Seorang pengawal khalifah yang kebetulan berada di situ terus menangkap Abu Nawas dan dibawa mengadap Khalifah Harun Al-Rashid.

Dengan nada marah khalifah bertanya, " Benarkah tuan berkata tuan benci kepada perkara yang haq?"

Dengan nada yang tenang Abu Nawas menjawab, " Bukan saja saya, malah tuan juga turut membencinya,"

Mendngar kata-kata Abu Nawas, Khalifah semakin marah. Abu Nawas terus menyambung bicaranya, " Bukankah tuan yakin bahawa kematian dan neraka adalah perkara yang haq. Seperti juga saya, tuan juga turut membencinya,"

Khalifah terdiam seketika kemudian berkata kembali, " Tetapi kenyataan tuan yang mengatakan cinta pada fitnah itu boleh mengancam ketenteraman masyarakat."

" Tapi tuanku, tuanku juga suka pada fitnah," Jawab Abu Nawas. Khalifah terasa dirinya dipermain-mainkan.

" Keterlaluan kamu Abu Nawas, apa yang kamu maksudkan?"

" Bukankah dalam Al-Quran menyatakan bahawa anak-anak dan harta adalah fitnah, saya tahu tuanku suka perka itu." Khalifah terdiam lagi. Ternyata kata-kata Abu Nawas benar belaka.

" Tapi apa maksud tuan berkata tuan lebih kaya dari Tuhan, tuan seorang ulama besar, tak sepatutnya tuan berkata demikian,"

Abu Nawas tersenyum sahaja mendengar kata-kata khalifah, " Sabar tuanku, saya mempunyai ramai anak, sedangkan Tuhan tidak mempunyai anak, bukankah itu bermakna saya lebih kaya dari Tuhan,"

Kenyataan Abu Nawas itu membuatkan khalifah turut tersenyum. Dia mula bersuara dengan nada yang lembut, " Apakah maksud tuan yang sebenarnya?"

" Agar saya ditangkap dan dihadapkan kepada tuanku,"
"Maksud tuan"
" Saya mahu memperingatkankepada tuanku agar selalu ingat mati serta seksa neraka. Dengan itu tuanku tidak akan cinta berlebihan terhadap harta dan keluarga. Juga agar tuanku tidak jemu memperingatkan kepada rakyat tentang keEsaan Tuhan,"

Khalifah Harun Al-Rashid terpegun mendengar kata-kata Abu Nawas. Dia merasa beruntung mempunyai ulama seperti Abu Nawas yang berani mengatakan kebenaran sekalipun  berisiko menerima hukuman berat.

* Kita? hanya mampu menegur dengan hati, dan itulah selemah-lemah iman *

No comments:

Post a Comment

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign