Asam Garam Kehidupan: Akibat perkecilkan sahabat Nabi

Nuffnang

Pages

30 Sept 2013

Akibat perkecilkan sahabat Nabi

Nama Abu Hurairah tidak asing lagi dalam dunia Islam sebagai Sahabat yang paling banyak menghafal hadis.

Beliau amat kasih kepada kucing. Beliau akan memungut kucing-kucing yang dijumpai di jalanan kerana tidak tergamak membiarkan membiarkan binatang tersebut terbiar tanpa jagaan lebih-lebih lagi kalau binatang itu dianiayai.

Suatu hari beliau menggendong salah seekor kucingnya dalam lengan bajunya. Rasulullah ternampak lalu bertanya, " Apa itu?"
" Kucing," jawab Abu Hurairah ringkas.
" Wahai Abu Hurairah ( bapa kucing )," Kata Rasulullah SAW, memberi gelaran kepadanya. Gelaran tersebut melekat padanya hingga akhir hayatnya pada tahun 57H dalam usia 78 tahun.

Di dalam satu majlis perbincangan yang diadakan beberapa  tahun selepas kematiannya nama Abu Hurairah disebut lagi. Ramai yang hadir dalam majlis itu termasuk seorang ulama Al Khadi Abu At Taib. Seorang pemuda bangun lantas bertanya satu masalh. Pemuda itu meminta diterangkan dalilnya sekali.

Salah seorang yang hadir dalam perbincangan tersebut menjawab masalah pemuda itu berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah ra..

Mendengar nama Abu Hurairah pemuda tersebut membantah dengan suara yang keras, " Hadis Abu Hurairah tidak diterima!" Dia mahukan dalil Hadis yang diriwayatkan oleh sahabat lain.Rupa-rupanya pemuda itu tidak menyukai Abu Hurairah...

Apakah yang berlaku seterusnya? Tunggu ye.. ( kalau ada yang tahu apa kata kita share dulu )

2 comments:

  1. wah ! siap ada sambungan lagi...kena tunggu ni ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. strategi...lagipun pagi-pagi dengan berkejar nak ke tempat kerja, seharian dengan bebudak kat tadika,tak sempat nak bukak blog pun : )

      Delete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign