Asam Garam Kehidupan: SIAPA ENGKAU....

Nuffnang

Pages

3 Dec 2013

SIAPA ENGKAU....

SIAPA SEBENARNYA DIRI KITA? Apa tujuan kita dihidupkan dan ke mana akhirnya hidup kita ini? Persoalan yang wajib kita fikirkan, kita jawab supaya ia menjadi garis panduan dan sempadan dalam kita menjalani kehidupan ini.

Aku, anda dan semuanya yang hidup di atas muka bumi ini adalah bergelar sang HAMBA, hamba Allah. Mampukah kita nafikan, sehebat mana pun kita, berjaya, ternama, kaya raya, walaupun lahirnya kita berbuat, bertindak, berfikir dan sebagainya, semuanya itu adalah atas kehendak dan keizinan Allah jua. Itulah keAgungan dan kekuasaan Allah. Dan kita tetap sebagai hamba yang lemah dan tidak punya apa-apa.

Menjadi hamba Allah sebenarnya memamg sesuai dengan fitrah semula jadi seorang manusia, tak kira apa pun anutannya. Buktinya..mereka masih memerlukan sebuah penyembahan walaupun itu hanyalah katanya sebagai perantaraan. Bagi yang mengaku muslim, hatinya bahagia dan bersetuju apabila dia digelarkan 'hamba Allah'.. marah dan melenting dia jika digelar 'hamba kereta', 'hamba nafsu', ' hamba isteri'... sekalipun hakikatnya memang begitu., dia tetap tidak suka disebut hamba kepada apa yang diburunya.

Manusia suka digelar 'hamba Allah' walaupun dia bukan ingat sangat dengan Allah, sembahyang pun sekadar memenuhi syarat 5 rukun islam, malah jalan kehidupannya jauh menyimpang dari tata norma masyarakat melayu,lebih barat dari barat..

Begitulah fitrah yang Allah sediakan, semulajadi. Suka untuk menjadi hamba kepada Allah. Cuma apakah kita benar-benar telah menjadi hamba Allah? Mari kita fahami maksud hamba dari sisi Islam.

Erti hamba itu ialah seorang yang tunduk, patuh, berserah diri, sentiasa taat, ikut arahan, memelihara dari perkara yang tidak disukai dan sanggup berbuat dan berkorban apa sahaja untuk Tuhan.

Sikap lahir pula melambangkan rasa kehambaan yang bertapak di hati, iaitu rasa diri kerdil, berdosa, lemah, dhaif dan sangat memerlukan pimpinan. Sementara sifat sombong, angkuh, ego, bangga diri dan sifat-sifat keji yang lain tiada pada peribadinya.

Setelah diukur dan dibandingkan tindakan kita terhadap Allah, sudahkah mencukupi dan layak kita menyandang gelaran 'hamba Allah' itu? Sudahkah kita melaksanakan tugas kita sebagai hamba kepadaNya?  Melaksankan semua perintahNya dan menjauhi semua laranganNya? Sudahkah kita merasa betapa kerdil, lemah, hina, dhaifnya kita di hadapan Allah dan sentiasa pula merasa gerun, takut dan harap kepadaNya?

 Jika belum? Itu yang wajar kita takuti, kita cuma tahu kita hamba, tapi belum 'merasai' kita hamba...

Jadi wajarlah kita mendidik diri untuk mendapatkan rasa kehambaan itu. Mungkin pada peringkat awal kita perlu memaksa-maksa diri bertafakur di tengah kesunyian malam sambil memikirkan tanggungjawab kita sebagai hamba. Kemudian berusaha bersungguh-sungguh membuang sifat-sifat ketuanan seperti sombong, ego, bongkak dan sebagainya. Jika sayang makin diberi pada orang, jika nak marah cepat istigfar dan lain-lain,

Penghalang besar dalam setiap usaha kita ke arah kebaikan ialah nafsu dan syaitan. Kalau bukan kerana yang dua ini, nescaya semua manusia ini akan sentiasa merindui dan membesarkan Tuhannya. Jalannya..tak lain, tak bukan..hanya mujahadah..lawan sungguh-sungguh terhadap keduanya ini. Sesiapa yang sungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab sebagai hambaNya, InsyaAllah mendapat ganjaran kebaikan dan  syurga yang dijanjikan. Firman Allah: 
    " Adapun mereka yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka ini syurga Makwa sebagai tempat tinggal sebab perbuatan mereka itu. Dan adapun bagi mereka yang fasiq ( perosak ) maka tempat mereka adalah Neraka."   ( As Sajdah: 20 )

Mari kita berusaha bersungguh-sungguh melayakkan diri kita sebagai hamba kepadaNya. Sedangkan sebagai  'hamba raja', atau kita sebagai pekerja kepada majikan kita, kita akan cuba buat yang terbaik, inikan kita sebagai hamba kepadaNya, menjadi hamba kepadaNya dijanjikan ganjaran syurga, tak mahukah kita? 

Dan jangan lupa..doa..berdoalah supaya Allah terima kita sebagai hambaNya yang diredhai dan dirahmati..

     
  

                        


2 comments:

  1. Mungkin mendidk diri sendiri lebih susah dari mendidik orang lain...

    ReplyDelete
  2. betul..macam saya, hanya mampu menulis, belum mampu nak beramal sepenuhnya dengan apa yang ditulis

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign