Asam Garam Kehidupan: Kenapa jadi macam tu?

Nuffnang

Pages

26 Apr 2014

Kenapa jadi macam tu?

Semalam anak murid KAFA saya bawak balik cerita yang tak sepatutnya dilihat oleh mereka. Saya musykil sangat macamana perkara macam ni boleh berlaku.

Macam ni, mereka belajar di salah sebah sekolah kebangsaan di PR16 Putrajaya. Mereka ni pelajar darjah 3, maknanya baru berumur 9 tahun. Mereka diminta oleh cikgu ke makmal komputer dan buka komputer sendiri. Tengah dok cari bahan-bahan yang dikehendaki tu, terkeluar video lucah yang memang tak sepatutnya mereka saksikan. Sempatlah mereka sekumpulan dalam 6 ke 7 orang pelajar 'tertengok' video tu. Lepas diberitau barulah cikgu mereka delete video tu.

Mereka balik cerita kat saya dengan gaya-gaya mukanya sekali. MasyaAllah...saya tak terkata apa dah. Saya nak jumpa parents mereka ceritakan hal ni. Pada saya sepatutnya cikgu kena pantau sentiasa bahan yang ada dalam komputer tu. Itu komputer sekolah, untuk kegunaan anak-anak sekolah, tak sepatutnya benda camni berlaku. Bayangkan budak-budak tu baru 9 tahun, hati dan jiwa mereka masih bersih, kalau dah tengok benda-benda kotor camtu, rosaklah mereka. Tu yang berlaku budak sekolah umur 12 ke 13 tahun dah pandai buat maksiat. Rosaklah generasi muda Islam, dan sememangnya itu yang Yahudi mahukan.

2 comments:

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign