Asam Garam Kehidupan: Suamiku tak bekerja....

Nuffnang

Pages

23 May 2014

Suamiku tak bekerja....

Alhamdulillah, bil dah disettlekan oleh larling saya, terimakasih abang, sayang abang, he he... so malam ni saya amik peluang BW dan balas komen kengkawan dalam post yang belum dibalas.

 
Nak war-warkan juga nih, bahawasanya si anak dara saya tu, yang sweet seventeen tuh, pun dah buat blog, nak tiru ibu dialah tuh, ha ha..kalau ada kengkawan nak join sangatlah dialu-alukan dan terimakasih tak terhingga..ini linknya http://chocolatebananapops.blogspot.com/ ( berapa banyak tuh..daaa )


Nampaknya ramai yang tertarik membaca isu-isu dalam rumahtanggakan, yalah..alam rumahtangga ni, memang ada pasang surutnya.

Saya nak buat entri bagaimana nak menghadapi suami yang tidak bekerja, so saya tanyalah pendapat larling saya. Nak tau apa dia jawab..." Suruhlah suami tu duduk rumah jerrr..." Peghh..sabo jelah. Tapi saya memang ada beberapa orang kawan yang suaminya tak bekerja atau kerjanya tak tetap, tapi Alhamdulillah diorang tu nampaknya ada tolak-ansur..isteri keluar bekerja, so suami akan duduk rumah dan jaga anak, masak, kemas rumah..

Tapi tu kalau dapat suami yang understanding, tapi kalau jenis yang memang malas, dahlah tak kerja, tolong apa yang patut kat rumah pun tak nak..hmmm...

Apapun..jika diuji begini, Dia selalu ada sebagai sandaran kita, Allah uji tu Allah sayang sebenarnya, jika tak ingat begini memang kita akan merana, derita, sakit hati, sakit jiwa semua bercampur-baur jadi beban yang tak tertanggung.

Memang kita akan rasa susah untuk merasa bersandar hidup dengan suami dan rasa memerlukannya. Tapi ingatlah harta yang kita ada itu hanyalah pinjaman Allah untuk dimanfaatkan. Isteri yang beriman tidak akan berbangga dengan kekayaan yang dimiliki tetapi dia rasa bersyukur kerana dapat menolong suaminya seperti yang pernah dilakukan oleh Siti Khadijah yang menyerahkan hartanya kepada Rasulullah SAW yang menggunakannya untuk memperjuangkan Islam.

Kita...mungkin boleh bagi semangat dan dorongan buat suami untuk memulakan bisnes kecil-kecilan dan dahulukan modal untuk suami...In Sha Allah..berkat.

6 comments:

  1. AnonymousMay 24, 2014

    Hidup samada yang sudah berkeluarga atau tidak memang tidak sunyi dari ujian. Jika suami ditakdirkan tidak bekerja ( kerana sebab-sebab tertentu, bukan kerana malas) maka si isteri harus membantu. Pedulikan apa kata masyarakat keliling. Yang penting Allah tahu situasi yang sebenar. Moga kita sama-sama menjadi isteri yang sabar dan redha dalam menempuh kehidupan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, memang betul, hidup bujang begini diuji, hidup berkeluarga lain pula bentuk ujiannya..kerana dunia adalah pentas ujian..
      Rasanya jika suami yang tak bekerja tu boleh membantu meringankan beban di rumah, isteri akan rasa gembira juga, cuma kot dapat suami jenis buta hati, buta mata..apapun tolak ansur itu memang penting.

      Delete
  2. saya pun ada ramai kawan yg suami tak bekerja. yang penting , sikap bertolak ansur pasangan yang membuatkan mereka kekal bahagia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..suami yang memahami, dan isteri yang boleh berlebih-kurang, kalau tak jaga rumahtangga kita sendiri, kita merana, anak-anak jadi mangsa..sabar dan tolak ansur

      Delete
  3. kena berbalik semula pada agama ...

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign