Asam Garam Kehidupan: Ada masalah nak latih anak berpuasa?

Nuffnang

Pages

16 Jun 2014

Ada masalah nak latih anak berpuasa?

Lagi dua hari je puasa yang nak diganti, dulu awal-awal semangat je buat ganti isnin, khamis, tinggal dua hari tu, dalam hati kata, rileks la..takyah risau-risau, sempatnya. Amboi..yakinnya, macam la Izrail tu boleh tangguh-tangguh nak cabut nyawa awak...

Kawan-kawan ada masalah tak nak suruh anak-anak berpuasa? Tentu ada juga kan, anak saya Nadhrah Hannani awal-awal dah cakap..." tak makan boleh tahan lagi ibu, takut dahaga.." Betul juga kan, tambahan lagi sekarang ni tengah musim panas semula. Saya pun risau juga sebenarnya. Cuma lega sikit bulan puasa biasanya jadual waktu belajar dipendekkan, so..takla lewat sangat anak-anak balik. Mudah-mudahan Allah permudahkan, aminnn..

Camane yek kawan-kawan latih anak berpuasa? Saya dulu seawal umur 5 tahun saya dah latih diorang puasa. Masa tu saya tengah running bisnes tadika dan taska. Anak-anak tadika yang stayback saya latih puasa setengah hari. Minggu pertama puasa sampai pukul 2, pastu berbuka. Minggu ketiga dan seterusnya tambah lagi masa. Hadiahnya masa berbuka tu disediakan juadah yang lebih istimewa dari hari-hari biasa. Seronok diorang tunggu waktu berbuka. Ada yang semangat nak berpuasa hingga sampai waktu berbuka, saya bekalkan sedikit juadah untuk dibawa balik, tambah seronok diorang, parents plak sporting, petang-petang ada je buah tangan untuk saya sekeluarga yang saya kongsikan juga bersama para staf tadika/taska saya.

Bila dah terbiasa macam tu, dengan anak-anak pun saya buat camtu. Saya tak janjikan duit atau hadiah kalau mereka habis berpuasa, saya cuma janjikan juadah yang lebih istimewa dari hari-hari biasa. Tapi takdela sampai membazir.Selalunya memang tak membazir. Anak-anak saya suka terus berbuka dengan nasi. Kemudian pegi tarawih, balik tarawih sambungla makan dengan kuih ke, bubur ke..

Macam tu jugak kalau diorang berjaya puasa sebulan, saya tak biasakan dengan duit atau hadiah. Kalau saya bagi duit pun saya tak sebutkan itu sebagai ganjaran berpuasa. Anak-anak saya memang seronok berpuasa, bila berpuasa dapat tunggu waktu berbuka sama-sama, kemudian tarawih di surau, malam-malam di bulan puasa meriah la sangat. Tu yang tambah buatkan mereka seronok berpuasa.

Lain orang lain caranya kan. Takde salahnya kalau nak bagi duit atau hadiah, cuma pada saya jangan sampai anak-anak berpuasa kerana nak dapatkan ganjaran hadiah atau duit semata....

12 comments:

  1. arwah nenek saya ajar petua supaya kurang rasa haus di bulan puasa.sambil minum baca surah al-Kauthar.ulang 3 kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. O yeke..trmkasih banyak sal ye, yang akak tau naik kurangkan lapar baca qulhuallah banyak2, nilah bagusnya sharing kan, kits akan selalu dpt Ilmu baru

      Delete
  2. Anak2 alhamdulillah. Senang sgt..tak sabar nak puasa..kita puasa sunat, pakat semua berpuasa sunat..termsuk yg kecik muhammad tu..

    bila kita bg penerangan apa itu puasa, n nikmatnya..diorg fhm..so msing2teruja nk puasa, sampai dmm pun nk puasa juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kan knor, anak2, saya pun tak susah nak puasa ni, cuma time sahur sbb ngantuk...
      Betul tu knor, sbg ibubapa kita kena bg mereka faham tentang agama dari kecil lagi.

      Sampai kan salam utk Muhammad ye knor:-)

      Delete
  3. alhamdulillah , anak buah saya mudah jer berpuasa . tak ada janji nak beri apa - apa . mrk belajar berpuasa seawal umur 5 thn mlh cukup sebln tanpa masalah . malah blh main mcm superman . cuma bila sahur , my kakak kena suap mrk tu mkn . sekali suap utk 2 org . mata pejam tapi mulut mengunyah . heheheee ... ibu kena lbh gigih lah rasanya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak-anak akak pun rasanya takde masalah, tapi memang betul, cabaran nak kejutkan diorang bersahur dan makan sahur, dengan muka monyoknya, haii...

      Delete
  4. Makin membesar cara berpuasa tu berbeza. Bila depa dah matang skit, tanpa ganjaran pun insyaAllah depa seronok berpuasa. Betul, eloklah diberikan ganjaran menu istimewa asal tidak membazir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tkdelah istimewa mana sangat pun, sebab kita kerja ni, masak mane sempat je, cuma ingat nak buat frozen, senang tinggal nak goreng je.

      tq k azie, selalu datang ke sini..:)

      Delete
  5. budak lelaki susah sikit kot. anak2 saya mula puasa masa umur 9 tahun. tak pernah paksa...
    tapi kat sekolah kawan2 puasa, automatik, mereka nak puasa juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, tak boleh paksa, tapi paksa dalam keadaan toleransi kot, cam saya.." bulan puasa ibu masak best-best, orang puasa je boleh makan.." he he

      Delete
  6. kawan saya ada pesan selawat 7 kali sambil minum air yg terakhir, saya amalan Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  7. tq BP, nampaknya ada lagi ilmu yang boleh kita share hari ni

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign