Asam Garam Kehidupan: Boikot?...entah le...

Nuffnang

Pages

7 Aug 2014

Boikot?...entah le...

Sana- sini orang dok cakap pasal boikot, boikot itu, boikot ini, barang tu, jenama ni..pendek kata kat mana saja terutama laman sosial tambah menghangatkan lagi kempen boikot ni. Cuma yang tak bestnya isu boikot ni terndnya cam bermusim, seperti sekarang ni Israel dok tengah menggila melanyak bumi Gaza, kita pun cam melatah baru kempen boikot sana-sini, senyap isu Gaza, senyaplah boikot, tak percaya? Hmmm...tengok jelah.

Saya sebenarnya tak pandai dan tak suka sangat nak mencelah dalam is-isu sebegini. Tapi takdelah sampai tak ambil tahu lansung. Sapa yang tak terusik hati melihat bumi Gaza, anak-anak kecil Gaza, Syria menderita sedemikain rupa? Cuma pada saya, janganlah sampai kita melatah cam insiden kat Dungun tu, malu...malu peribadi kita sebagai orang yang mengaku islam.

Kami sekeluarga dari dulu tak pernah suka makanan segera, apatah lagi nak menjamu selera di premis makanan segera yang tumbuh cam cendawan tumbuh lepas hujan kat bumi Malaysia tercinta ni. Selain pada kami harganya agak mahal, kolesterol dan yang paling kami bimbang takut termakan samada tak halal atau syubhah, dan Alhamdulillah mungkin kerana kami tak mengajar anak-anak dengan fast food, junk food ni, tak pergi McD atau kfc tak menjadi isu pun kepada anak-anak kami., Alhamdulillah sesangat...

Kita ada cara kita sendiri, boikot, bakar bendera Israel, demonstrasi jalanan tu kita meniru cara mereka, itu acuan mereka..., kita tak akan menang kalau ikut cara mereka sebab selok-belok ( kalau boleh saya kata senjata atau strategi ) itu dah dalam kepala mereka., jadi camana nak menang, kalau menang pun bukan hakiki...

Kita ada cara kita sendiri, jalan kita sendiri..yang telah diatur cantik oleh Al Quran dan sunnah...sepatutnya kita telah ada sistem tarbiah pendidikan kita sendiri, hiburan islam, perniagaan islam, perubatan islam, perbankan islam ( bukan bank jenama islam yang masih berjalan atas dasar kapitalis )...masih tak nampak??

Saya syorkan cuba-cubalah tinjau bandar Islam yang dibangunkan oleh Allayarham ustaz Ashaari Muhammad di Contry Home..Rawang...in shaa Allah, ada jawabannya di situ.


8 comments:

  1. Memboikot itu pun baik Azie cuma yg sedihnya memboikot more to makanan dan shopping kompleks tapi sahsiah dan peribadi diri masih terlalu baaaaayak yg mengikut cara yahudi itu lagi menyedihkan. Kita berdoalah moga satu masa martabat Islam akan duduk di atas juga..

    ReplyDelete
  2. saya paling suka satu sharing kat fb, dia kata leboh afdal boikot cara hidup yahudi instead of produk yahudi..nak boikot kena guna akal, bukan guna hati :)

    ReplyDelete
  3. Nak reti nak komen bab2 boikot ni, takut terpalit k muka sndiri..

    Paling sedih, byk fitnah yg disebarkan melalui alam maya, cerdik pandai kononnya..

    ReplyDelete
  4. Laman-laman web kebanyyakkan dari mereka.. cara boikot dengan cari solusi atau pekerjaan baru untuk pekerja syarikar yang diboikot lagi baik.

    ReplyDelete
  5. Saya dah lama boikot Mc D, KFC, Pizza kerana perut saya yang suruh boikot - perut saya tak dapat terima benda2 ekstra minyak dan lemak tu. Bila isteri dan anak2 makan sesekali, mata cuma perhati aje - perut tetap boikot!

    ReplyDelete
  6. Kenapala kita tak bersatu hati dalam menangani sesuatu isu :(

    ReplyDelete
  7. Ada benarnya jgk boikot bermusim je pastu berapa ramai sgt yg nk boikot berapa per cent je sbb tu Jm just alert je pasal ni mcm2 isu boikot keluar d media sosial

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum warahmatullah.
    boikot...hmm, ada pro dan kont..masing-masing tentu ada alasan yang tersendiri...

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign