Asam Garam Kehidupan: Tingginya cita-cita kau kakak.

Nuffnang

Pages

13 Sept 2014

Tingginya cita-cita kau kakak.

Assalam kkhusus buat mak-mak kat luar sana.

Seronok kan rasa hati bila anak-anak semua berkumpul di rumah. Cam saya ni, minggu ni lengkaplah 7 sekeluarga, semua ada, ibu, abah..kakak, abang, iman, ibi dan baby, berkumpul makan malam reramai, hidang kat meja, tapi pakat ambil makan bersila depan tv ngadap spiderman 3, lauk sempoila sesangat, ikan goreng, sayur lemak putih, sambal kicap, nak wat camane, semalam sampai rumah dah pukul 6.45 petang.

Kakak tolong masak, hai lah, kekoknya nak pegang pisau potong sawi, potong bawang, sooo,,kakak siap seminggu ni yea, misi tolong ibu di dapur!!

Sambil masak, borak-borak citer pasal hala tuju ( hambek kau..bahasa bakula plak ) lepas spm, JR ( pinjam yea JR ) kata spm tu...sijil padang mahsyar. Betul lah tukan. So kakak, tinggilah sangat cita-cita kakak yea, nak sambung belajar kat luar negara. Boleh tengok salji katanya, macamla takde salji kat Malaysia..boleh apa tengok salji kat Rumah 4 musim Shah Alam tu," ha ha ha, ibu buat lawak, tu ais blend jer" Ibu taknak mengalah, "Takpelah..at least boleh tengok juga."

Bukan apa, ibu risau, takut, bimbang, macam-macam ibu fikir, takut kakak terpengaruh dengan gejala sosial, takut kakak hilang identiti, takut, takut, segala macam ketakutan menghantui fikiran ibu ni tau tak. Takyahlah pegi jauh, kat dalam Malaysia ni pun banyak IPT yang berkualiti kan, nak tengok salji nantilah dah keje sok, kumpul duit pegilah..


Camane yek kengkawan, kak zakie, kak eye nee, saya kalau boleh taknak "kakak" sambung belajar jauh-jauh camtu, tapi dia cam serius je nak pegi. Kalau kak zakie, kak eye-nee la kan, bagi izin tak?

8 comments:

  1. akak tak tau samada masalah laman ni ke lappy akak sejak beberapa hari lepas??, ia bergoyang2 (camner nak cakap erk, cam berombak2 gitu, pening kepala nak baca..), akak cuba gak tinggalkan komen hari ini, kalu idok sekadar masuk jenguk n kuar semula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. o yeke..UA pi BW kengkawan lain camane, ada masalah yg sama ke ?
      Apa pun time kasih sesangat sudi tinggalkan komen arini.

      Delete
  2. Jangan bimbang. Dua anak saya menuntut di luar negara tempat omputih tu. Orang Malaysia memang tak ramai tapi orang islamnya alhamdulillah. Di universiti mereka boleh buat solat jumaat dan kuliah agama setiap minggu. Yang saya perasan anak anak semakin kuat berpegang pada agamaNya. Malah lebih baik dari semasa tinggal di Malaysia. Saya sering berpesan pada mrreka bahawa kepada Allahlah saya serahkan mrreka kerana Dia Maha Memethayi dan Maha Memelihara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walau siapa pun saudara/ saudari, saya ucapkan bebanyak timekasih kerana sudi beri pandangan dan komen membina, siapa yg tak bimbangkan anak-anak, apa pun saya setuju juga dengan komen saudara/ saudari di sini.

      Delete
  3. Alhamdulilllah lah sis, saya ramai kawan yang belajar di luar negara, even abang saya sendiri...semuanya elok, malah ada yg dulu tak pakai tudung dah pakai..yang jarang ke masjid dah rajin.itu semua terletak pada diri sendiri dan restu ibu bspa yang sentiasa mendoakan.wallahua'lam

    ReplyDelete
  4. In shaa Allah, apapun nak tgk gak result spm dia nanti, dan kalau betul dapat, nak kena wat solat istikharah juga dalam apapun keputusan yg kita nak buat, betul tak?

    ReplyDelete
  5. Bagi JM yg belum ada anak ye lah belum berkahwin kan..seronok bial dgr si kakak ada cita2 begitu..hati seorang ibu mmg berat lah nk lepas pergi jauh lagi pun perempuan kan tapi jika beliau jaga diri benarkan lah..itu pendapat JM lah..

    ReplyDelete
  6. ramai plak yg sokong cita-cita kau "kakak" oii..mesti kau sengih lebar bila baca nih, aduhai...

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign