Asam Garam Kehidupan: Akibat bercinta sebelum kahwin.

Nuffnang

Pages

9 Jun 2015

Akibat bercinta sebelum kahwin.

Nafsu sungguh jahat, syaitan sungguh menipu.
Di akhir zaman ini ramai orang berkahwin
Berkenal-kenalan dan bercinta-cinta lebih dahulu
Sebelum berkahwin, di waktu bercinta
Semuanya indah-indah belaka.
Tidak ada yang susah, tidak ada masalah
Semuanya baik walaupun jelek
Sekalipun menyusahkan, tapi indah.
Di masa itu kentutnya pun wangi.
Peluhnya harum mengalahkan atar.
Tapi setelah berkahwin tidak sampai setahun.
Tiga bulan sahaja, yang dahulu bukan masalah sekarang jadi masalah..
Dahulu yang busuk berbau harum,
Sekarang yang harum menjadi busuk..
Sekalipun haruman jenama termahal,
Baunya cukup menyakitkan.
Dahulu yang diminta sekali susah,
Tidak menjadi masalah..
Sekarang benda mudah yang menjadi kewajiban pun
Dianggap satu masalah..
Dahulu cinta itu dirasakan sampai ke sudah..
Rupanya belum pun separuh jalan sudah punah ranah
Dahulu yang jahat pun dianggap baik..
Sekarang yang baik pun dianggap jahat..
Betapalah yang jahat,
Terasa berpuluh-puluh kali jahat dan menyusahkan...
Perang mulut pun terjadi
Masing-masing menunjukkan sikap bermusuhan..
Kadang-kadang tidur pun berasingan..
Atau saling memberi belakang,
Dahulu marahnya pun indah..
Sekarang senyumnya pun pahit macam jadam,
Masing-masing bawa diri
Izin- mengizin sudah tiada lagi..
Makin bertemu makin berseteru.
Makin berjumpa makin benci-membenci..
Seterusnya apa yang terjadi..
Jalan akhirnya tok kadhi..
Minta cerai katanya jodoh hanya sampai di sini..

Begitulah kesan cinta dahulu sebelum kahwin..
Indah dan manisnya sudah habis.
Sesudah kahwin tinggal saki-baki yang kian terhakis..

6 comments:

  1. Okje takut tau NA bila mengenangkan anak anak kita yg bakal kawen nanti. Moga mereka dapat jodoh yg baik baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samala kita pun, ank dara dua org plak tu, tu yg dari srkarang pun dah doa moga ank2 dpt jodoh yg baik, beriman..

      Delete
  2. Semoga anak-anak kita mendapat jodoh yang baik nanti.

    ReplyDelete
  3. Takmau kahwin :D Hehe~ Nak kahwin tp bkn sekarang. Kirim salam kat aishah yer makcik ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ishhhh..mane bole cita2 camtu, kawen kan sunnah..
      Aishah kat uia gambang., Cik- syiqah kt mane?

      Delete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign