Asam Garam Kehidupan: Ramadhan pertama.

Nuffnang

Pages

18 Jun 2015

Ramadhan pertama.

Di tadika...hai...kecik- kecik dah pandai nak bercinta. Si Qaleef 4 tahun suka kat Batrisyia 5 tahun, tapi si Batrisyia suka kat Rayyan, tak suka kat Qaleef, sebab Qaleef tak hensem, si Rayyan pulak bila dibagi tahu dengan isyarat tangan dia menjawab, matang plak tu..." Saya taknak sape-sape ye, saya tak suka kat sape- sape pun." Membuatkan kami tergelak besar, tak tahan geli hati.
Si Batrisyia plak bila ditanya kenapa tak suka Qaleef, tak hensem ke, dia menjawab dengan menjuihkan mulutnya.
Si Qaleef plak bila dengar camtu dengan berdiri tegak sambil menyelat rambut dua tiga kali dengan jari..." Ni tak hensem lagi ke ni?" Membuatkan kami makin gelak besar.
Hai lah bebudak ni, sapelah yang ngajo nya tu, pak kal je korang budak kecik lagi, kalau tak, taula tecer nak buat ape..
Umar Zikri bangun sahur, Alhamdulillah taklah susah nak suruh dia makan awal pagi camtu. Kat tadika aktif semacam gak. Penat main agaknya, dah terbiasa kalo dahaga minum air, dia ke dapur nak minum, " Nak ke mane tu?" Kena jerkah ngan tecer su, " Nak minum."  Jawabnya. " kan puasa, mane bole minum." Dia terus ke depan termalu-malu.
Kat rumah, tak larat agaknya dia tidur dari kul 2 sampai 5.30. Bangun je terus minta nak buka puasa. Muka dah layu semacam je. Oklah, ibu bagi izin makan biskut dan minum sikit dengan syarat sambung balik puasa lepas tu.
Lepas buka puasa hari ni terus semangat nak puasa lagi esok.

5 comments:

  1. Senyum sendiri kakak baca kisah anak-anak comel didikan Azi tu:)
    Cara Azi macam kakak dulu didik anak kakak. Kakak tak pernah halang bila-bila anak nak berbuka tapi lepas tu sambung balik. Nanti lama-lama dia malu sendiri atau rasa sayang nak berbuka. Tak payah paksa-paksa.

    ps: Kakak pun solat terawih di rumah. Kita nak jaga mata, mulut dan telinga ni bukan senang.Nak jaga hati org lagi kalau tak dilayan org kecil hati - jalan terbaik buat di rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian kak nak paksa2, kecik lagi. Cuma nak bagi dia faham kewajiban sbg orang Islam.
      Moga puasa kita ada nilai di sisi Allah...

      Delete
  2. Hihi....kelakar je NA.... tap mmg betul budak budak sekarang ni pandai berendut tau haha..... kecik kecik dah ada perasaan haha...dah tu pandai pulak melawak. Gitulah namanya budakkan NA....ceria dunia kita jadinya

    ReplyDelete
  3. Ikut jer kemampuan anak2
    Kita kecik2 dulu pun agaknya lgi teruk...haha

    ReplyDelete
  4. oh my....

    budak2 sekarang... memang ngeri.
    belajar dari TV lah tu.
    cerita bukan2 jer dipertontonkan sekarang.

    huhuhuhu

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign