Asam Garam Kehidupan: Ramadhan sepuluh.

Nuffnang

Pages

28 Jun 2015

Ramadhan sepuluh.

Walaupun dapat ABC, tak mudah nak makan dan minum sebab rasa sayangkan 'rasa berpuasa' tu buatkan saya hanya ambil syarat sikit saja bagi elakkan macam betul- betul berpuasa. Semalam cari baju raya anak-anak, yalah...membahagiakan mereka itupun dah cukup memberi kami rasa bahagia. Kami punya...cukuplah apa yang ada. Baju lama pun tak jadi hal. Yang penting bersih, bukan baru. Itu yang nabi ajar. Betul tak?

Balik tu singgah pulak kedai runcit nak beli kelapa, tepung gandum faiza, kedai ni saya suka singgah, dekat je dengan tadika saya tu, kalau emergency takde barang, gas habis ke bole je hutang dulu, boss bayar kemudian. Sebelah kedai tu ada kedai lain, saya jarang ke situ. Jadi semalam lepas beli kelapa saya ke kedai sebelah nak cari sagu putih dan bawang besar sebab takde kat kedai tadi tu...jadi saya hulur duit rm2.70 sebab semuanya rm2.60 je, baru nak bukak mulut nak kata tak payah bagi baki seposen, tuan kedai tu cakap..." Ni baru rm2.40 ni"...haaaa...nasib baik takde orang lain, kalau tak malu den. Hi hi, letih dan lapar walaupun tak pose punya pasal duit emas rm0.20 saya tak perasan, saya ingatkan rm0.50...

Hari ni dah 11 ramadhan..hu hu...sedih, saya tau ramadhan saya belum terisi....

1 comment:

  1. bila puasa memang konsentrasi pun terganggu sedikit.hehe.saya belum ber ABC lagi..kalau tak ber ABC sampai hujung Ramadan mesti lagi best, tapi macam mustahil je

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign