Asam Garam Kehidupan: Jom buat smoothie buah-buahan.

Nuffnang

Pages

11 Oct 2015

Jom buat smoothie buah-buahan.

Baru amal dalam dua minggu ni. Aritu terpandang kat dalam Nasi Lemak Kopi O tv 9, tiga jejaka buat smoothie buah, cam best jer, cam sedap jer, dan tu jugak selongkar peti tengok buah apa yang ada.
Buah pun dah mahal juga. Nak beli buah mahal-mahal kang tak cukup duit lauk seminggu, ok kita pasar tani, tapi pegi tu time dah tutup-tutup pasar gitu, so dapatlah 4 bakul 10 hengget je, boleh campur-campur, haa...punyalah nak berjimat.
Tengok nasibla apa yang tinggal, cam minggu lepas dapat buah naga, fuji epal kekadang tu. Kalau kat pasaraya tu kadang ada offer cam semalam epal hijau 10 biji rm5.60 je, kan murah tu, apalagi laju je masuk plastik.
So..pagi ni kita try smoothie epal hijau, oren, lai dan kurma. Kurma tu untuk kasi manis, takmo taruk gula tau. Gula tu baja kanser kata Dr Muhaya. Buang kulit, kurma buang biji, jangan blend sekali ngan biji plak, cam saya pagi ni, dok kling-kling bunyi dalam blender, rupanya termasuk sebiji biji kurma tu. Blend kasi hancur betul-betul.
Haaa.oppss...blend tu jangan taruk air banyak ye, nanti tak jadi smoothie, cair je tak mabeles.
Dah siap, sape suka sejuk sikit bolela taruk ais sikit. Saya tak minum ais, so terus minum cam tu je.
Tapi smoothie camni kena habiskan cepat, kalau agak tak larat nak habiskan sekaligus, bole simpan dalam setengah jam, simpan lama hilanglah khasiatnya kan, kang dah penat-penat merajinkan diri, minum takde khasiat buat apa, ye tak?

Satu yang saya perasan bila dah amalkan ni, nak membuang tu prosesnya lancar jerk, hi hi. Saya ni kalau kat rumah tak berapa nak dahaga, kalo kat tadika tu dengan banyak bercakapnya, banyak bergerak, kejap je dah terasa kering tekak tu, takdelah sampai lupa minum air kosong tu. Satu lagi, perut rasa kenyang, yelah sekali makan 3 biji kot. Tapi kalau nak makan 3 biji buah camtu je, rasa macam tak termakan ye dok, lebih-lebih lagi epal hijau tu, masam..so buat camni senang, minum je.

Tapi tulah, anak-anak saya pun takde perasaanla Okje, anak-anak you tak makan kuih pelik-pelik, anak-anak saya lagi parah, bukan takat tak makan kuih pelik-pelik..ni saya buat smoothie ni saya sorang kena habiskan, bila bagi diorang try, mulalah tunjuk muka pelik, tak pun si Umar Zikri terus-terang je cakap, " yerk, tak sedap,"
Haa kan, omak e la yang konyang. Tengok buah duku langsat dalam bakul tu, dah naik lebam, tu kang saya jugak yang kena habiskan. Anak-anak saya tu takat pisang, durian, rambutan taula diorang makan, dan kenal. Kalau buah lain, terutama buah-buah kampung cam ciku, rambai, salak, bukan takat tak makan, kenal pun tak, ok...bole salahkan saya, hu hu..

8 comments:

  1. Wah sedap juga...klu bt jus kt nasi lmk kopi o tu...fizo jer yg pndai..
    Yg lain nmpk kekok..
    Jus diorg nmpk merepek tpi berkhasiat...mmg tk sedaplh biasanya...trlebih halialh,terlbih msmlh....hihi mcm2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, knor tgk gak yea, ada satu kali dorg buat jus kunyit kan, ha ha.
      Tapi omak mentuo den biasa buat jus ibu kunyit lagi, tumbuk guna lesung batu dgn ibu garam, bagus utk ibu-ibu baru bersalin, kasi kecut rahim.
      Seronok gak main campur2 buah ni, berbagai rasa, nak beli pun mahal, baik buat srndiri kan.

      Delete
  2. Betul tu NA.... nak beli buah pun seram, hihi....mahal ya rabbi...tu yg tak de stok buah kat rumah ni hihi...

    Dulu selalu gak buat jus epal hijo, tp sejak yg katanya beracun tu terus stop sampai sekarang huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah yg tunggu pasar hampir tutup2 tu, dpt murahla sikit, biar pun kadang tu dah agak kecut, agak lebam, hu hu
      Laaa...jomla try srmula, dah habis dah racun tu

      Delete
  3. kalau menu @ kuih muih yang pelik2, kiranya ala2 makanan mat salleh, bagilah pada anak bujang no.2, gerenti dia tukang perabih, feveret dia tu..

    tapi uminya yang tak tahan, kos mahal tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala2 mat toleh la, ni mesti ngikut paberet ummi dia masa ngandungkan dia tu, hi hi..

      Delete
  4. Smoothie ni mahal juga kalau beli kat luar...kalau ada masa baru saya buat...apaun sedap kan puan...janji berkhasiat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takper, tak mampu nk beli kt luar kita buat sendiri, lagi fresh..
      Betul..janji berkhasiat.

      Delete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign