Asam Garam Kehidupan: Pokok petai belalang.

Nuffnang

Pages

8 Feb 2016

Pokok petai belalang.

Teringat zaman sekolah rendah, umur dalam 8 ke 9 tahun, hobi panjat pokok tak padan budak pompuan. Pokok jambu, manggis, rambutan, ciku, pokok kelapa pun bole panjat, tapi pokok yang sedang-sedang je, yang tinggi melangut tu tak berani juga.

Masa kekecik dulu, mana lah ada jajan-jajan cam sekarang ni, adalah cikedis tu, tapi manalah ada duit sangat. Jadi kami bebudak kampung ni kalau jumpa pokok-pokok buah kampung tu tak kira pokok sape, main panjat je, tapi tuan punya pokok tu tak marah pun.

Tak pun kami cari buah ara sungai, jambu air tepi sungai, sambil terjun sungai cari anak udang. Ni pokok ni, pokok petai belalang namanya. Kat kampung tu ada sepokok, buahnya jadi rebutan. Rasanya macam petai juga, bau mulut kalau dah makan tu memang busuk la, tapi tetap jadi rebutan kami, belah dua kulitnya, makan cam kuaci tu. Kalau dah takde buahnya, pucuknya kami petik bawak balik ulam dengan nasi.

Banyak memori zaman kecil ku bersulam suka dan duka, terkenang arwah bonda...bonda...In shaa Allah, kau berbahagia di sana...

6 comments:

  1. PETAI BELALANG SEDAP JUGA DIJADIKAN ULAM DAN SAYUR...

    ReplyDelete
  2. Org bandar tk tau ni PI, tapi PI ada ke resepi camane nk masak dia, bole share kt blog, hi hi

    ReplyDelete
  3. Rasa macam kenai petai ni NA, tapi saya suka petai besar sampai nak jual ke luar negara haha sebab bangga dengan keenakannya :) tapi dah jumpa kat supermarket dijual dalam botol jenis direbus dengan air garam kut.

    ReplyDelete
  4. Ha ha, nak juai bg owg puteh makan ye, tak dpt bayangkan nnt diorg heboh mulut busuk.
    Yg tu namanya petai jeruk, sedap mkn dgn nasi

    ReplyDelete
  5. bw sini,.. yupp memori lama yang anak2 sekarang terlopong bila diceritakan pada dia orang... indah zaman dulu x dapat ditandingi keindahan zaman sekarang yang sebenarnya "kosong' dengan nilai...

    ReplyDelete
  6. dulu kecik2 selalu main atas pokok pelam. main kedai-kedai. sampai makan nasik pon kat atas pokok pelam he he he

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign