Asam Garam Kehidupan: Jumpa ustazah Isfadiah.

Nuffnang

Pages

21 Aug 2016

Jumpa ustazah Isfadiah.

Kat mana? Sabtu semalam, 20/8..kami ada kursus 'mutawwif' haji di Masjid Shah Alam...kami ni nak bawak anak-anak tadika kami buat simulasi haji Cilik kat sini juga, 7/9 nanti. Ustazah Isfadiah salah seorang motivator dalam program yang dianjurkan oleh Pertim atau PersatuanTadika Islam Malaysia.

Simulasi Haji Cilik? Apa tu? Ni adalah satu usaha untuk memberikan pengalaman sebenar kepada anak-anak dalam lingkungan umur 5 dan 6 tahun bagaimana ibadah haji dilaksanakan. Anak-anak akan pakai pakaian ihram, berkumpul di 'padang Arafah', bermalam dan mengutip batu di 'Mina', melontar jumrah, tawaf, saie, tahallul...dan kami cikgu-cikgu tadika ni bertindak sebagai 'mutawwif' la bagi anak- anak ni. Kami kena belajar dulu supaya dapat bimbing anak-anak tadika di hari kejadian. Seronok..teruja sangat, dan sedikit sebanyak dah dapat bayangkan suasana perjalanan ibadah haji yang sebenar.

Kalau 'mereka' ada Kidzania, ada Legoland, tapi kita ada sesuatu yang lebih berharga buat anak-anak kita sebenarnya. Pengalaman yang akan mereka ingat sehingga dewasa dan in shaa Allah sehingga menunaikan ibadah haji yang sebenar.
My boss, ustazah Isfadiah and me. Seronok dapat jumpa,dapat peluk lagi ustazah yang lembut ni.
Tahun lepas, 4000 orang pelajar tadika
seluruh Malaysia berpeluang menjalani
simulasi haji cilik.
Guru-guru tadika menjalani
kursus pembimbing simulasi haji cilik.

11 comments:

  1. DIDIKAN YG SGT BAGUS TU..KECIL2 LAGI SDH DIBERI ILMU BERHAJI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak, tapi kami pun dpt ilmu sama kak, rasa mcm nak segera ke sana, tapi apakan daya, blm cukup belanja.

      Delete
  2. tahniah kak azimah atas usaha didikan dri kecil ini,comel sungguh kak azimah..:).suka tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trmkasih, nnt bila Alya masuk tadika, cari tadika islam yg berdaftar dgn pertim ni, in shaa Allah dpt join juga
      Irda jgn salah tengok lak, yg comel tudung hijau tu boss akk lah:)

      Delete
    2. Trmkasih, nnt bila Alya masuk tadika, cari tadika islam yg berdaftar dgn pertim ni, in shaa Allah dpt join juga
      Irda jgn salah tengok lak, yg comel tudung hijau tu boss akk lah:)

      Delete
  3. Suka jugak dengar ceramah ustazah Isfadiah ni kat Cinta Ilmu Fiqh...

    Betul sangatlah tu mak, sebelum nak ajar org, walaupun budak kecik, kita kenalah jugak ada ilmu didada kan...

    ReplyDelete
  4. Ustazah Isfadiah Ahmad Dasuki tu ke kak? saya pun suka dia.

    simulasi haji ni kan, teringat masa sekolah2 dulu. masa form 4, ada buat untuk pelajaran pendidikan islam.

    ReplyDelete
  5. Suka jugak dengar ceramah ustazah Isfadiah ni kat Cinta Ilmu Fiqh...

    Betul sangatlah tu mak, sebelum nak ajar org, walaupun budak kecik, kita kenalah jugak ada ilmu didada kan...

    ReplyDelete
  6. oh tadika akak pun join ke? anak-anak saya pun join juga nanti kak inshaAllah, saya siap nak cutikan adam dari sekolah, nak suruh join simulasi haji nih dengan adrien..

    tak sabar nak tengok anak2 pergi haji nih

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign