Asam Garam Kehidupan: Nak salam, nak salam.

Nuffnang

Pages

3 Apr 2017

Nak salam, nak salam.

Susah betul nak pulihkan semangat yang hilang ni, bila hari isnin tiba nak up entri mulalah blur-blur pusing keliling cari idea yang hilang. Tambah lagi diserang penyakit misteri lah sangat, akibat sumpahan wan Peah kot, ishhh...habis naik bengkak dan gatal satu badan balik kerja hari khamis tu, terpaksa amik mc jumaat tu, kena sejarum, adduiiii...( kat mana,  biarlah rahsia   ),sebab muka pun dah bengkak cam zombi, sat lagi ada juga anak muridku yang sawan nanti. Alhamdulillah, hari ni dah baik.

Sebut pasal anak murid, atau sesape yang ada anak sedara, atau kita sendiri katalah bersalam dengan orang yang lebih tua, salam dengan suamimu tercinta.. haaa..camane caranya?

Seronok tak bila anak murid bersalam dengan kita, dia cium tangan kita? Kalo kome semua nak cari calun mentua, cer salam cium tangan orang tua tu, haaa...dan2 tu dia cuppp nak buat menantu, mwehehe..

Ater.. Kome tau tak cara yang betul bersalam dengan bakal mak mentua kome tu? Cium tangan ke, letak tangan kat dahi? Hati-hati ye, cara yang betul ikut sunnah ialah salam dan cium tangan, bukan letak tangan di dahi ye kome. Bersalam cium tangan tu dah cantik, tapi jangan sampai kita buat tanpa suluhan ilmu, nanti jadi lain.

17 comments:

  1. Rasa dihormati kalau anak2 murid hulur tangan nak salam. Tapi tak menarik kalau lepas diorang pj or berlari sana sini pastu nak salam hahaha bau dia. Baru tahu cara salam org kristian mcmtu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo dah jadi pdndidik mesti sanggup hadap tu syed, akk kadang tu ada yg nk salam dgn hingus meleleh pun ada, hihi.
      Bila dh tau ni bolelah perbetulkan jika tersalah...

      Delete
  2. lupa nk tengok ep akhir Wan Peah..kpg teman tu..

    sejuk hati bila org muda salam & cium tangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ater mmg betuilah kg pari hilio tu wujud ye. Episod akhir tu kira hepi ending la, tapi rupe2nya wan peah tu mmg ada membela, tapi bila dah insaf tu dia nk buangle benda tu, udoh benda tu ngaco org lain pulok.

      Kan, sejuk mata memandang..hatipun tertawan.

      Delete
  3. Assalamualaikum!

    Dah sihat KakG? Dah tak gatal-gatal lagi? Hehehe....


    Watpalah susah-susah nak cari calon mertua. Cari calon suami/isteri aje cukuplah. Mertua kita letak belakang dulu. Dah kenal hati budi pasangan, baru kita kenali makpak mertua pulak. Barulah hidup upside down dibuatnya. Hehehe!

    Oh, ya ke salam cium dahi tu versi kristian dan yahudi? Tapi anak-anak saya memang salam cium tangan. Kalau nak cium dahi, lebih baik cium pipi kiri-kanan sekali. Eh, itu dengan Mommynyalah. Dengan orang lain tak leh.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam MD.
      Lama sungguh mike bertapa menambah ilmu kari kentang ye, idokle sia2 kiranya ilmu kari kentang udah viral dan telah dicuba oleh segenap ahli aweks yer, den pun ada mencuba, tapi malas le nak mensenap2 gambarnya, biarlah rahasia sajaa.
      Gatai2 tu Alhamdulillah udahle sembuh kiranya.

      Eh, kalo udah anak terona mmg le kena pandai mengambil hati bakal mentua, jadi elokle bersalam cium tangan, bawak buah tangan sikit, barulah hati org tua tertawan..eh..salam ngn paknya aje tau, omak eh jangan, haramm blm jadi mak mentua.

      Elokle sudah betul caranya tu, salam cium tangan mummy, tanda sayang dan hormat mummy, kan bubbly abang and adik cute. pahala pun dapat.

      Delete
    2. Semalamkan baru tengok drama pukul 7. Awat ek suka heroin bertudung (walaupun dalam kehidupan harian takda bertudung) lepas tu tak jaga aurat dan adab. Boleh pulak semalam tu tengok adegan dia 'salam dahi' dengan pelakon lelaki yang jadi abangnya dalam drama tu....

      Tengok pelakon salam dahi, tetiba teringat entri KakG ^_^

      Delete
    3. Biasa tu, berlakun kan, semua 'halal'

      Delete
  4. betul tu kak kena ajar salam yang betul ada anak2 sekarang ni memang cium dahi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tau kita pakat2 pwrbetulkan yek

      Delete
  5. Comel bila budak2 salam dan cium tangan. Dulu sepupu PH (ayah dia Melayu) yang kecik salam dan cium tangan PH. Alahai, my heart melted...

    ReplyDelete
  6. Yelah mak...budak budak sekarang mmg cium tangan kat dahi ek. Nanti nak ingatkan anak aku jugaklah....aku pun tak perasan anak aku cium tangan mcm mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sib baik anak den betul salamnya.

      Delete
  7. Untung jadi cikgu ni, ramai murid salam cium tangan.
    Mudah2an ada keberkatanya.

    ReplyDelete
  8. sedari kecil perlu diasuh dengan baik kan kak. kak dah oke ke gatal2?

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign