Asam Garam Kehidupan: Rumah Warisan (3)

Nuffnang

Pages

8 Apr 2017

Rumah Warisan (3)

Lamanya nak sambung balik kisah rumah warisan ni.Jomlah nak tunjuk barang apa yang ada kat bahagian rumah utama yang menempatkan ruang dapur, bilik tidur, ada juga tempat mandi yang ada perigi tu, tapi toilet tak plak kami jumpa. Kebanyakkan peralatan masaknya dibuat dari tembaga, dulu kalo siapa yang guna tembaga tu memang orang kayalah, jom kita tengok.
Ni rumah utama, ada dapur, bilik tidur, bilik tenun, tempat mandi.
perigi ni masih ada airnya. Yang sebelah tu tempayan isi air untuk basuh kaki. Gayungnya dari tempurung kelapa.
Almari lauk dan meja makan. Peratikan mangkuk tambah yang dibuat dari tembaga tu.
Di ruang dapur ni juga menempatkan katil salai. Katil ni khusus untuk ibu yang menjalani pantang, katilnya agak tinggi kerana di bawahnya ada bekas bara arang khusus untuk memanaskan badan ibu yang bersalin. Saya sempat juga bersalai masa bersalin anak pertama dan berpantang di rumah mak di Terengganu. Kalo nak tau bersalai ni biasanya ada di Terengganu je. Tapi sekarang rasanya dah takde ibu2 yang sanggup ikut proses ni. Yang di sebelah tu daun2 kayu yang digunakan untuk mandi sepanjang proses berpantang.
Ruang makan, ada katil salai, ada meja makan dan dapur kayu untuk memasak.
Cerek dan mangkuk tambah tembaga.
Periuk dan tempat kuih bakar tembaga.
Dulang tembaga. Antara barang tembaga yang lain.
Batu giling rempah dan cili, kukuran kelapa dan lesung kayu. Sapa pandai kukur kelapa? Angkat tangan, hihi.
Tuyung tu saya pun tak tau apa. Tapi kisar batu tu dulu kat rumah arwah mak pun ada, buat kisar beras jadi tepung beras.
Di ruang santai ( saya rasalah ) ada tempat menghasilkan kraf dari anyaman. Anak bujang kedua saya bergaya di sebelah alnari tombak dan pedang.
Ada juga mesin jahit tangan dan gayung tempurung.

Pendek kata banyaklah pusaka peninggalan hj Su di sini. Last part nanti saya tunjuk plak apa yang ada di bahagian rumah yang dipanggil rumah limas. 

12 comments:

  1. Dah lama tak jumpa periuk tembaga. Orang dah tak jual lagi,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak cari barang tembaga en Adam kena pegi Terengganu, cari di pasar kedai payang, tapi mahalla.

      Delete
    2. Alaaa ..... baru minggu lepas saya balik dari terengganu.

      Delete
  2. Sbnrnya NA, sy kurang gemar tempat2 gini, berbeza dgn suami.. xder semangat patriotik kot dlm diri, ha3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula mcm tak suka, tapi once dah masuk dlm umh tu, tengok seni bina dia, barang2 yg ada dlm tu, tetiba rasa bangga plak, yelah bangga tengok ada org melayu yg kaya raya mcm tu.

      Delete
  3. Yang tempurung kelapa tulah dikenali sebagai batuk tu kan? "Bagai melepas batuk ke tangga" tu. Kalau tak silaplaa. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ermm, siyes tk penah dengar Ana, atau mgkn lupa, hihi, almaklum dh jadi warga KL.

      Delete
  4. Dulu kat rumah saya pun ada barangan tembaga tapi entah ke mana hilangnya. Kena curilah kot sebabnya rumah mak dah lama tak berpenghuni. Barang turun-temurun dan lepas tu dapat pada anak-anak yang tak menghargai nilainya, memang lesap gitu ajelah!

    Kukur kelapa tu saya tau. Batu giling tu pun saya pernah tengok. Mak saya pernah gunakan masa saya kecil dulu. Tapi yang paling nostalgia, dah tentu-tentulah mesin jahit tu. Walaupun saya tak reti menjahit, kelibat mesin jahit ni mengingatkan saya pada zaman kanak-kanak di rumah kampung dulu!

    ReplyDelete
  5. Penuh dengan sejarah barang-barang ni. Budak-budak sekarang mesti tak kenal dah sebab saya pun tak pernah guna barang-barang tu haha.

    ReplyDelete
  6. Zaman dulu dulu org kaya yg banyak guna barang tembaga kotnya ye mak. Mak aku ada bagi aku tempat ludah. Tak taulah tu tembaga ke hape tapi beratlah. Ada duk sebelah mesin basuh tergolek haha....

    Kalau polish mesti berkilat tu. Aku ni bukan rajin bab bab gitu...

    ReplyDelete
  7. mmg klasik..teruja nengoknya..kukur kelapa ada lg kat rumah di kpg, kdg2 bila emergency nak kelapa parut, guna jg..hihi..

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign