Asam Garam Kehidupan: Sambal belacan anak bujang teman.

Nuffnang

Pages

4 Apr 2017

Sambal belacan anak bujang teman.

Ni betul-betul mix terengganu dengan negeri sembilan. Sambal belacan meletop pedas.

Sanggup tu buat sendiri. Ibu dah tak sanggup menahan lubang hidung, habis semerbak satu rumah bau belacan, sanggup gugel tu. Eshhh...ater dah kemaruk sambal belacan katanya.

Teringat pulak zaman-zaman sekolah dulu, arwah mak teman tu hari-hari masak singgang ikan aye lawannya sambal belacan. Lapar sungguh balik sekolah ni, senduk nasi, tuang kuah singgang penuh-penuh sampai tenggelam nasi, sesudu sambal belacan, ya Allah..nikmat tak terkata.  Itulah lauk teman hari-hari. Mak dah pegi mengajar kat kelas agama dewasa sekitar bandar Terengganu tu, surau Pasir Panjang, surau Gong Badak, petang baru mak balik, lenggang- lenggok sambil kat tangan tu ada je menjenjet plastik berisi  mee goreng ke, karipap ke, ada je buah tangan dari anak murid mak, mak bawak balik untuk anak-anak dia. Habis terer pun adalah goreng ikan selayang lawan kangkung goreng kicap. Sedap bebeno dah tu. Pastu sepupu teman menyibuk nak juga lauk kangkung goreng mak teman, marah bebeno rasa teman, sibuk jer, suruhla mak ko masak sendiri.
Haha..aduii..bebudak sungguh.

Tapi la ni, teman dah tak boleh makan sambal belacan, resdung weyh kome, habis rompong hidung kalo berani-berani makan. Gantinya tulah dia anak bujang teman, suka beno sambal belacan. Teman rasa-rasa hujung lidah, tuuu dia...mau meleleh air hidung pedasnya tu. Tu yang teman kata mix sejati terengganu and nogori sembilan. Abah bising tak bagi makan selalu, naiya kot kalo jadi buasirrr.

Ni semangkuk takde sape terliur nak rasa, pedas melangit, tahanlah 3 hari untuk dia sorang makan.

24 comments:

  1. KakG tak makan sambal belacan dah? Kalau takda resdung, gamaknya nak makan lagi tak sambal belacan? Sedap weyh sambal belacan ni. Kalau ada ikan tenggiri masin, nasi putih panas-panas dan sambal belacan, memang 'wow' sangat tau. Terasa nikmatnya hidup! Hahaha!

    Ish, asal tengok orang tempek gambar aje tetiba teringat nak juga buat. Best juga ni simpan stok sambal belacan buat cicah pisang goreng, cekodok goreng, ubi rebus, lempeng dan yang sewaktu dengannya ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama den menjauhkan diri dari sambal belacan ni, pandang sebelah mata je tau, walaupun baunya sangatlah memikat kalbu. Kalau berani2 makan tanggunglah sendiri akibatnya gatai hidung, mata, telinga, siksa tau.
      Hang suka hang makan, nak wat cicah piza ke, ayam goreng ke, sambal kari kentang ke, bubuq kacang ke, terpulang kat hang, den takmo campuq tangan.

      Delete
  2. sedap kak sambal belacan dan segala macam sambal, saya ni kalau takde sambal belacan, tumbuk cili padi dengan tomato perah asam limau pun jalan kak janji ada yang pedasnya.

    banyak tu sambal belacannya tu, sedap nampaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk selalu buat sambal kicap je, bukan yg org jawa punya tu, ni tumbuk cili perah limau kasturi, ushhh...sedap tekau cicah ikan goreng ke, ikan rebus ke.
      Yg sambai belacan tu mmg akk takmo, gatai hidung tak tahan.

      Delete
  3. ikan singgang cicah cili & budu..sedap..rajin anak bujang ticer, ikut citarasa sendiri..baru ummpphh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budu, tu pun nikmat hidup tu, tapi pun boleh makan sesekali sekala je, tak tahan gatai hidung resdung ni.

      Delete
  4. wah anak Azi selera mengalahkan orang dewasa ya ...suka sambal belacan.Akak ni makan lah juga tapi tak berani pedas2 sangat ...seperti kata Azi naiya buasir...hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tu ikut selera sebelah nogori, suka pedas2, kalo masak pedas laju lah dia makan, tapi saya jarang masak pedas, suami saya tu tak tahan perutnya pedih, kalo rasa nk pedas, buatlah sambal kicap.

      Delete
  5. wah anak kak makan gak sambal belacan ya. anak saya belum sampai level nak pedas tu. makan nasi lemak dgn sambal pun satu kesyukuran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fevret dia anah, sementara dia ada kt umah ni, sok dah sambung belajar makanlah apa yg ada.
      Sambal nasi lemak biasa pedas tak tentu hala, terutama yg jual tepi jalan tu

      Delete
  6. Rajin anak bujang teman ye..
    Sampai google resepi tu..
    Ter google tak kat blog CH tu..

    Rugi lah mike tak mkn sambal belacan skrg..
    Sedap weyyy regu dgn sayur bening😂
    Dah sawan sayur bening lah pulak..

    Happy belated birthday zimah..
    Moga panjang umur..
    Murah rezeki..
    Serta diberikan kesihatan yg baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia gugel resepi sambalnya ada taruk tomato CH, tak taula sape punya rumah dia dh intai. Tapi takde pun letak tomato, letak limau kasturi je.

      Sawan kari kentang, sawan sayur bening, camni tkleh jadi ni, den pun nak reka resepi jadi viral jugalah..haha

      Terimakasih doanya.

      Delete
    2. Den punyo sambal belacan tu ado lotak tomato tu zimah..
      ontah2 blog den yg dia terjah..
      Sambal belacan omak den.. tajuk entri den tu :)

      Delete
  7. Feveret saya tu tapi xmo le pedas2 sangat...

    malangnya kat umahnya dorang tak suka, jadi telan air liur jelah tgok gambar, nak wat, x berbaloiii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu mmg fevret UA, tapi dah kena resdung kenalah stop makan.

      Kan, kalo kita masak apa2 pastu kita jr kena habiskan, frust jugakan.

      Delete
  8. Anak bujang kuat makan pedas, ya ticer? PH suka pedas tapi tak boleh tahan cili padi yang warna merah tu. Surrender.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg dia suka pedas2 PH, takut juga kalo kena buasir.
      Cili merah tu mmg pedas. Ni dia guna cili besar tambah cili api hijau tu nak kasi pedas.

      Delete
  9. Saya memang suka makan pedas-pedas dari kecik lagi hehehe. Tapi sekarang ni dah kurang sikit dah and appendix pun dah dibuang sobs banyak biji lada katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala ciannya. Tulah akk cakap kat dia takut jadi appendix dia buat dek je.

      Delete
  10. Rajinnya anak ko mak.Anak yg lelaki ke pompuan ni? Anak aku sanggup dia tak makan kalau teringin sekali pun.

    Tp mmg kena sangatlah kalau singgang ikan dengsn sambal belacan ni. Aku dah terliur ni tau. Habis tu ko tak boleh makan belacan langsung ke. Ruginya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko ni mak, kan aku kata bujang tu, lelakilah, lanang.

      Aku mmg tak mkn lansung, buat asam pedas pun tk taruk belacan.

      Delete
  11. sy resdung juga, tapi x blh menahan makan belacan tu �� favorite

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berani nour, takut rompong hidung.

      Delete
  12. wah rajinnya anak akak hehe

    www.neezalife.com

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign