Asam Garam Kehidupan: Naik MRT- window soping Pavilion.

Nuffnang

Pages

22 Aug 2017

Naik MRT- window soping Pavilion.

Kat KLCC ramai warga Indonesia, Bangladesh pun ada, dah rasa macam jenjalan di negara diorang je. Tapi di Pavilion Bukit Bintang ramai warga Arab dan omputeh la plak. Dahla putih2, cantik la sangat, kulit mulus jer, jeles ai tau. Dah namanya warga marhaen, Kita masuk jeling-jeling aje, tengok jam Tag Heur sampai duaploh sembilan ribu pun ada, tengok retis dengan bulu mata palsu, tengok pertunjukan fesyen peragawatinya rambut blond bulu jagung kulit macam kulit den Jo...satu pengalaman la, kot orang tanya kurangnya den pun buleh yo cerito den pun dah ponah masuk Pavilion.
Anak rimau sukan SEA depan Pavilion, Comey..rasa nak kidnap sekor bawak balik.
Kita amik gambar kenangan udah lah yek anak2, bukan senang nak heret abah ke tempat macam ni, tak berkenan dia tempat havoc camni.
Abaikan tudung serabai den tu yo, den dengan dua orang anak daro den tu.
Depan Pavilion, sape nak bergambar dengan anak rimau yang melaut tu pilah ke sana, jangan lupa singgah kafe Ikhwan yea.

9 comments:

  1. Saya tak pernah pergi lagi...

    ReplyDelete
  2. takpe jalan-jalan je..hehe tak pernah lgi g sna

    ReplyDelete
  3. dah sampai pun akak ke pavilion ye, saya tak pernah jejak pun lagi entah2 tak jejak pun hahaha sebab rasa macam tempat orang ado-ado jek jadi takutlah nak pergi sebab saya kampung.com je hehehe

    eh banyaknyer anak rimau kalau boleh kidnap sekor bagus juga tu

    ReplyDelete
  4. Amboi, dua part kisah naik MRT rupanya ya @_@

    Itulah bila orang kata dah sampai Pavillion? Jawabnya 'Sudah!' Buat apa kat sana tak kisahlah janji dah jejak kaki; itu yang penting ^_^

    Anak rimau tu kalau kidnap sekor-sekor pun, CCTV Pavillion perasan ek? Maklumlah orang ramai, kotnya CCTVnya 'mengarah' ke rambut blonde kulit sawo matang, adalah peluang kidnap sekor anak rimau comel tukan!

    ReplyDelete
  5. Seronoknya ticer and family gi jenjalan. Benda2 kat Pavillion to atas sikit. That's why tak berapa suka ke sana. Sekali sekala cuci mata ok lah.

    ReplyDelete
  6. tak penah sekali pun jejak pavilion kak oi!
    haru betul! haha
    lain kali lah, kita together-gether naik mrt sesame
    kita round KL...hehe

    ReplyDelete
  7. GV pernah sekali jew gi pavilion. tu pun dekat 5,6 tahun lepas. comelnya patung rimau tu. huhu.

    ReplyDelete
  8. dulu pavilion belakang ofis irda tu kak..kalau lunch pun ke sana..entah mahalnya lebih..xde apa yg sedap..kdg2 lupa ni malaysia atau london?hehe..pelik..kenapa kita xketengahkan budaya kita je kan kak..mat saleh rasanya dah bosan dgn gaya2 mcm tu..shoppinh kompleks pun bukan main banyak nya kat malaysia ni..xtau nak o mana satu

    ReplyDelete
  9. Poie sano nak mkn kek cafe ikhwan tu ko zimah..
    Den pun tak ponah masuk pavillion tu..
    Abah bdk ni pun maleh..😆

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign