Asam Garam Kehidupan: Nak sabar ke tak ni?

Nuffnang

Pages

12 Aug 2017

Nak sabar ke tak ni?

Seorang wanita kulit hitam menemui Rasulullah mengadu tentang penyakit sawan yang dihidapinya. Apabila diserang penyakit tersebut, dia tidak sedar apa yang berlaku sehingga selalu terbuka auratnya. Lalu dia meminta Rasulullah mendoakan kesembuhan penyakitnya.
Lalu bersabda Baginda...Aku boleh mendoakan kesembuhan mu, atau kamu bersabar dan memperolehi syurga kerananya..
Wanita tersebut memilih untuk bersabar dengan penyakitnya...cuma dia meminta Baginda mendoakan supaya auratnya terpelihara di kala penyakitnya menyerang..

---------------------------------------------------------------

Dah beberapa Kali dalam tempoh 4 bulan ni, aku kerap terkena penyakit gelagata atau orang kampung kata kena ludah hantu. Tak tau apa puncanya.

Habis bengkak satu badan sampai kepala pun gatal merenyam. Gatal bukan macam gatal gigitan nyamuk tu, ni gatal campur miang, sampai tapak kaki pun kena.
Malam tadi terbangun pukul 2.30 tak boleh tidur, sapu minyak aromaterapi berangin satu badan baru hilang gatalnya.  Baru dapat tido. Bangun pagi, dah kena lagi.

Kalau gi klinik memang kena cucuk kot.

Atau....nak memilih sabar macam wanita kulit hitam zaman Rasulullah tu? Mampu ke???

7 comments:

  1. terimakasih atas infonya,,
    membantu sekali dan jangan lupa kunjungi link kami
    https://goo.gl/8tTGb7

    ReplyDelete
  2. Sabar pun sabar juga kak, kalau perlu diubati kita ubatlah kan, moga cepat sembuh apa penyakit gegata akak tu

    ReplyDelete
  3. Kalau dah gatal memang sukar kita nak bersabar,walaupun kata orang gegata ni tak boleh digaru tapi gatalnya memang tak boleh nak tahan kan Azi.
    Moga cepat sembuh dan penyakit tak berulang lagi.

    ReplyDelete
  4. Ko salah makan ek mak....
    Habis tu ko gi klinik ke idok?
    Ko tak mintak cik abe garukan ke mak? Hihi....

    ReplyDelete
  5. Kak Nor Azimah kena gegata macam kena gigit nyamuk tu ke. Kalu sama, maknanya GV pun kena juga. Selalunya punca ialah alergik kak. Ada benda yang badan kita alergik dan sebab tu naik gegata tu kak. Ubat ialah pil selsema/alergik kak. Skang GV makan pil zyrtec kalu gegata tu naik kat badan. tapi better akak jumpa doktor dulu. doktor selalu bagi pil alergik untuk hilang gegata. kalu makan pil tu, confirm mengantuk gila. walau bagaimanapun, GV syorkan akak minta pandangan doktor dulu sebelum makan ubat apa2x kak.

    ReplyDelete
  6. Jangan-jangan ada alergi kot. Itu yang bila silap sikit, timbul gegata tu. Saya pun ada satu alergi tapi tak tahu puncanya apa. Badan kena gatal-gatal merah padam melelas macam kena sesah dengan rotan. Tapi dalam sesaat je dah hilang. Susah betul nak rujuk doktor sebab bila jumpa doktor, hilang dah gatal-gatal tu. Tapi doktor kata mungkin juga sebab saya alergi pada air pancuran (shower) sebab sesetengah orang memang tak tahan dengan bahan yang digunakan untuk buat pancuran tu. Ada juga yang kata saya alergi pada teh susu. Tapi sampai sekarang tak tahulah apa punca.

    Kalau sayalah, rasanya tak boleh nak bersabar.... kurang kesabaran dalam hal ni!

    ReplyDelete
  7. uish..kalau dah berulang2 jadinya susah juga nak cakap bab sabar ni, kan.

    ReplyDelete

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign