Asam Garam Kehidupan: Pokoknya kena sabar juga.

Nuffnang

Pages

16 Aug 2017

Pokoknya kena sabar juga.

Masya Allah, banyak sungguh hal dalam seminggu ni, hal kerja, hal rumah..semuanya menuntut kesabaran. Memang Allah nak suruh aku banyak2 bersabar ni, praktikalkan sabar tu, jangan pandai cakap jer.

Nak beli kereta, tak cukup bajet. Gaji seciput tulah nak pusing belanja keperluanku, dan yang utamanya untuk tabungan ke Tanah Suci. Kalau tak, takdelah rasanya nak menyusahkan diri bekerja dalam usia dah kertu macam ni. Penat weh, terkejar2 seawal 6 pagi dah keluar dengan suami since uncle Rajan tak sudi dah tumpangkan aku, padahal aku bayar, bukan tumpang free tau. Ada hasrat nak beli kereta kekonon lepas raya baru ni, tapi bila Kira sana, pusing sini, pusing sana..tak boleh nampaknya.

So, dah tak naik van uncle, nak balik pun susah takde kenderaan. Belajar naik grab car. Masa awal2 naik dalam bulan Mei tu happy lah juga sebab tambangnya kira murah lagi, rm3 sahaja. Sebulan happy. Pastu tetiba naik rm5, alamak, pastu turun rm4. Dan seminggu ni naik rm5 lagi. Kalo seminggu dah rm25, kalau sebulan..dah rm100, banyak tu bagi warga marhaen cam aku ni.

Eh...sebelum lupa, sorila sangat korang teman alamaya den yang dikasihi, tak sempat lagi nak balas kunjung, tengah sibuk bona ni ha.
Tengah sibuk dengan benda alah ni. Kira den ni macam mutawif hajilah, ni uruskan jemaah haji cilik buat Simulasi Haji pada 23 hb ni, rabu depan. Tu yang sibuk sikit.

Dah tambang grab jadi 5 hengget, dah dua Hari, Isnin dan selasa den tak balik awal. Stay back tunggu suami sampai pukul 6 petang, sampai rumah bukak tudung terus bersilat Kat dapur plak. 
Tapi..
Hari ni nampaknya kenalah balik juga, dah sakit pinggang, sakit bahu semua terasa. Al maklum, Ticer tua tapi semangat muda, nak buat kerja macam orang muda, bila sakit padan muka..

23 comments:

  1. Alhamdulillah, kurang satu lebih satu pula... Tahniah sis... Semoga dipermudahkan segala urusan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurang sana, lebih kt sini, adat la kan, manalah semuanya boleh senang mcm tu aje, melainkan di syurga.

      Delete
  2. Ingatkan pokok durian tadi.
    kalau tanam pokok durian lagilah kena sabar, kadang2 10 tahun baru berbuah.

    Apa2 pun didoakan agar dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo, mentanglah ada perkataan pokok yea..

      Aminnn, aminnn.

      Delete
  3. SABARLAH NOR ADA REZKI-NYA ALLAH...MOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEMUA URUSAN NOR

    ReplyDelete
  4. semoga dipermudahkan segala urusan..kena amik supplement ni..anak sedara pun ada gi simulasi haji cilik...cute je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suppliment mmg ada amik, nohas.
      Adatlah pd usia sekarang.

      Delete
  5. InsyaAllah, KakG! Ada rezeki lebihnya nanti. Mungkin belum masanya Tuhan nak beri rezeki melimpah-ruah. Sampai masanya nanti, macam durian gugur rezeki dariNya. InsyaAllah.

    Sekarang ni mana ada benda yang murah. Semua pun mahal-mahal belaka. Memang dah jadi insan marhaen jugalah ni sekarang bila berkira-kira patut ke nak leburkan duit ke arah tu.

    Hai, bilalah nak jadi billionaire kita-kita ni yerk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow, mcm durian gugur, bestnya dengor MD..takdelah sampai nk melimpah2 ruah sangat, takut masuk longkang plak Kang.

      Yelah, semuanya naik harga kan, nak tercekik2 dibuatnya, berpinau bijik mata, biru mata itamku weh. Kalo gaji ribu riban takpe juga. Huhu..

      Janganlah ditanya soklan sebegitu, dlm mimpi pun tak dapek.

      Delete
  6. Sabar ya...
    Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya adalah sebabnya tu kenapa dia belum bagi lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, Kita ni selalu tak sabar je, Moga2 diberi lebih kesabaran. Tq.

      Delete
  7. Memang kena sabar Azi walaupun kita tak suka .Semoga dipermudahkan segalanya.Akak dah banyak rasai keperitan bila ekonomi keluarga terhad ketika anak2 semua belajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Kak..moga ada jalan utk saya, moga ditambah kekuatan utk lebih sabar di masa akan datang.
      Anak2 kita dulukan ye Kak.

      Delete
  8. eh, samalah...anak saya pun in shaa Allah bakal join jemaah cilik 23hb ni, untung2 dapat berbalas senyum dgn teacher Azimah :)

    ReplyDelete
  9. Bersyukur dgn apa yang kita ada..

    ReplyDelete
  10. tahniah kak, takpe, sikit atau banyak rezeki juga kan

    ReplyDelete
  11. Sabarlah mak....nak buat mcmana. Gitulah namanya kehidupan. Penuh ranjau duri. Kalau ko beli moto mak, camne? Alah ko pun bukan berani naik keta pun hihi...

    Hish Haji Cilik ni....org sebok naik haji dia pun sebok jugak haha.... Tengok ticer dah sakit pinggang tu.

    ReplyDelete
  12. Sabar itu separuh daripada iman... Hiii...

    Jemput jalan ke blog saya...

    https://sihatbertenagabyfarhah.wordpress.com/2017/08/11/senaman-untuk-menaikkan-hb-ibu-mengandung/

    ReplyDelete
  13. Bilo dah tuo..
    Semuo teraso sakik kan zimah..
    Samolah dgn den ni..
    Semangat mudo tapi kudrat dah tuo..
    Copek loteh..

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign