Asam Garam Kehidupan: Lauk paling best dalam dunia.

Nuffnang

Pages

26 Sept 2017

Lauk paling best dalam dunia.

Ni citer lama, saja nak syer.
Dulu masa saya ada Taska sendiri, petang2 bila nak Kasi makan petang tu pening juga, ada yg balik lambat, kalo bagi makan ringan nanti cepat lapar kesian plak. Selalu buat nasi goreng, meehun macam tulah.

Satu hari tu ada sorang budak request nak makan something. Masa tu saya dipanggil ustazah.

" Ustazah, masaklah lauk yang paling best dalam dunia.." Saya pun bayangkan lauk kari ketam ke, sotong masak kicap ke, udang goreng ke..

Jadi saya pun tanyalah.." Lauk apa yang best sangat tu?"
" Lauk telur goreng, makan nasi dengan kicap.." Jawabnya dengan sengih dan mukanya yang teruja, maknanya bukan saja2 dia nak kenakan saya, saya tau memang dia nak makan macam tu. Jadi petang tu saya masak nasi, goreng telur, tuang kicap makan panas2. Seronok tengok Hakimi ( nama budak tu ) makan berselera jer.

Jom tengok resepi ayam masak tempoyak. Nak masak ni saya suka lebihkan ramuan herba, lagi best tau.
Ayam separuh.
Tempoyak 4 sudu.
Halia, bawang merah, cili- blend.
Daun kesum, serai, bunga kantan.
Kunyit, garam.

Kekdahnya: renihkan ayam dengan bahan blend sampai isinya kecut.
Pastu masukkan air, tempoyak, daun kesum, serai, bunga kantan, kunyit, garam. Tunggu mendidih. Siap.
Dengan periuk sekali enterprem, punya maleh nak tuang dalam mangkuk.
1958- 80 sen setopok, sekarang dalam mimpi pun tak dapek.

26 comments:

  1. Amboi, tempoyak saje... menarik untuk dicuba ni....

    ReplyDelete
  2. Betul tu, ticer! PH pun suka makan telur goreng dengan kicap. Just dengan nasi panas2 pun dah cukup, tak payah lauk lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesukaan Umar Zikri juga PH, suka sungguh tkyah lauk lain pun tkpe

      Delete
  3. memang sedaplah telur goreng makan dengan kicap, nasi panas2.

    amboi sedap tu ayam masak tempoyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ank2 mama Yan pun suka ke? Budak2 kan, hari2 pun tkpe.
      Tempoyak udang pun sedap, tempoyak ni boleh buat masak mcm2, msk sadin pun boleh Tau.

      Delete
  4. Betul tu. Kalau dah selalu makan macam-macam, tetiba aje nak makan nasi putih+telur goreng+kicap dan up sikit dengan ikan bilis goreng, tak pun ikan masin. Alahai, memang lama duduk makan tak siap-siap!

    Dulu-dulu walaupun durian selonggok 80 sen mungkin atok nenek kita masih tak mampu beli berlonggok-longgok sebab nilai duit kita masa tu. Sekarang ni memang mahal betul ya durian; sesuai betullah dengan namanya King of Fruit! Memang betul-betul berlagak 'king'!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo cik abg den takdo boleh yo layan lauk camni, tapi kalo dia Ada nk buat lauk camni kena bagi alasan paling win lah, stok lauk dah habis ke, penat ke, sbb dia suka ikan pastu mesti nak berkuah.

      Mgkn betul juga, tapi rasanya org dulu2 tkyah beli pun, ada jiran yg pemurah, arwah atok kakG dulu ada pokok diyan 4,5 batang keliling rumah je, dah jenuh makan masa musim diyan tu

      Delete
  5. lauk simple tapi sedap..

    ReplyDelete
  6. Telor goreng dengan kicap memang sedap,lepas tu patah kan cili makan nasi panas...mau bertambah nasi.
    Stok tempoyak banyak lagi ke Azi...masih dengan menu tempoyak.Akak tak pernah lagi masak ayam dengan tempoyak...nak try pun takut syok sendiri....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah habis kak, itu ngelast nya, buat ayam tempoyak plak. Sedaplah Kak, pada tekak say lah peminat tempoyak.;)

      Delete
  7. hehe lauk paling best dalam dunia bagi ain jgak tu. sedap makan dengan nasik panas2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uitt, ramai peminat lauk sempoi ni ropenya😁

      Delete
  8. Aku rasa ko selagi tempoyak dlm esbok tu tak habis, mmg resepi ko tempoyak jerlah sepanjang bulan kan mak hihi...

    Aku lum pulak menempoyakkan ayam setakat ni hihi..yg selalu jadi mangsa cili ngan ikan bilis jerlah nampaknya.

    Pandai budak tu....mmg aku setuju sangat telur, kicap cili padi bawang potong kalau ada ikan bilis goreng mmg lauk paling sedap didunia weyh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah habis dah pun, itu last menu tempoyak tu,tingin sangat aku dah lama tak makan.

      Ko kena try mak, sedaplah. Tapi tak tau la kt tekak ko, kot kali ni tokak ko takleh terima ko, ko try masak sekotong dulu.

      Tu lauk org maleh tu, aku time laki aku takdo rajinlah aku buat macam tu, kalo dia ado, mau kena jelingan maut kot, haha

      Delete
  9. anak2 saya pun layan telo mata curah kicap ni...ayahnya buatkan, siap tabur serbuk blackpepper bagai, surut telo kat dapur,hihi

    ReplyDelete
  10. Kena beli telo sepapanlah ek tiap minggu, senang ayah tolong masakkan

    ReplyDelete
  11. Hakimi boleh geng dengan aunty...
    Sedap sgt nasi panas2 dgn telur mata gedik2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan aunty, ramai boleh jadi geng hakimi ni gayanya.

      Delete
  12. Belum pernah lagi makan masakan ayam tempoyak ni.
    Kalau ikan patin masak tempoyak pernahlah makan.
    Lagi pun tak minat tempoyak walau pun suka durian.

    ReplyDelete
  13. Alorrr udah le pagi ni tak bawa bekal.. (gara2 malas nak masuk makanan dlm bekas bekal), terbaca pula menu kicap + telur goreng, meleleh air liur..

    Ishhhh menu samalah, tempoyak.. saya masak untuk anak balik asrama t/hari nnnt tapi menu kami sini simple jee, x masuk bawang.. serai n bunga kantanpn tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak masuk serai atau bunga kantan pun ok, tapi cer try masuk daun kesum, terangkat weyh.

      Delete
  14. Mesti sedap ayam masak tempoyak tapi tak pernah rasa..
    Kalau ikan biasa rasa..
    Ustazah, anak murid minta telur goreng kicap penangan telur goreng viral kot, hehehe

    ReplyDelete
  15. Telur goreng makan dgn kicap mmg all time favourite lah

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign