Asam Garam Kehidupan: Hujan2 ni.

Nuffnang

Pages

7 Nov 2017

Hujan2 ni.

Rasanya nak kebabum balik atas katil, hujan renyai2, guruh berbunyi sayup2 tu, cuaca yang sejuk ni, cukup meransang mata kalo dapat tido semula. Apalagi tengok enlaling ai tu rilex2 je pagi ni, rupa2nya dia ada appointment doktor pagi ni, aduhaiii nape tak cakap awai2, boleh gak slow2 sikit, tak kelam-kabut cam selalu...

Tapi manakan adanya nak landing semula weyh. Rezeki mahai kome kalo tido lepas subuh ni. Jangan le diamalkan, tak elok bebeno, acer bawak malu kat burung2 Kat luar tu, pepagi lagi dah berkicau terbang mencari rezeki tau, tawakkal je.

Jomle tengok tauhu sumbat yang rare ni. Bukan den boli, jiran sebelah bagi. Tapi sedap juga weh. Dari tastenya macam boleh buat sendiri je, tapi tengokle pada angin tu, kot rajin Kang boleh juga cuba buat sendiri, sebab cam mudah je.
Sodap weyh, makan time2 hujan ni. Intinya cam kentang hancur tu, ada campuran daun bawang, kalo buat sendiri boleh gak campur daging cincang ke. Pastu salut dengan telur, goreng garing2, cicah sambal kicap, perghhh...
Ni kalo tengok Ada nasi impit kuah kacang Kan, jangan ditanya bila buat ni. Saja tunjuk, motifnya nak bagi lapo orang yang nengok je, sebab hujan2 ni, haha..

27 comments:

  1. lapo ni kak dah la hujan ni pagi ni...apapun alhamdulillah diberi hujan walaupun air naik disana sini, saya hari ni keluar awal pergi keje takut lambat2 jalan sesak, ini pun ramai yang dari klang dah sangkut sebab air naik depan aeon bkt raja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujan dan banjir sana- sini kan, takpelah...ujian kecik je bandingkan dgn ujian utk rohingya, Syria semua tu.

      Delete
  2. Replies
    1. Dah la kan, novembar hingga Mac Kan musim tengkujuh.

      Delete
  3. saya nampak telo rebus, timun kacang tu dulu kak, amboiii layan sangat tu kalau dapat nasi lemak panas2 pepagi hujan sejuk ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi, dpt nasi lemak nnt lagi lemau mata tu.

      Delete
  4. Amboi Kak, semua makanan tu macam nak suruh tidoq balik tu :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi,lepas kenyang lelap semula...ishhh..takdelah.

      Delete
  5. Mmg tgh lapar ni NA, sat lg nak masak nasi, lauk ada dah bw td..

    ReplyDelete
  6. Hihi sedap juga makan kepok goreng...

    ReplyDelete
  7. sedapnya,.. pagi tadi malas je nak p sekolah, tapi apo kan daya... sampai sekolah mmg sesi makan2 je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akhir tahun Kan, masuk kelas pun dah tak mengajar.

      Delete
  8. Makan kenyang2 pastu sambung tido balik... hujan2 ni mano boleh gi menoreh...hehhehe

    ReplyDelete
  9. Time musim hujan sejuk2 ni, cepat lapar hee..hee..

    ReplyDelete
  10. bukan orang yang kesejukan dek hujan jek lapar.. ni orang yang berjaga dok komen ni pun terliur lapar.. hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bancuh kopi cicah biskut Pat segi pun sodap bila lapo, hihi

      Delete
  11. Wah tahu sumbat tu lain lah,boleh try ni.Biasanya kan sumbat sayur je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, sedap Tau kak, cicah sambal kicap, ngam sangat.

      Delete
  12. Haa...mmg sedap gak tu mak kalau makan tahu salut salut cenggitu hujan hujan gini. Buat mmg senang cuma kena rajin je hihi...

    ReplyDelete
  13. GV kalu cuti weekend, kalau awal pagi lepas solat subuh, dengar hujan lak, mmg comfirm landing tido balik. hihi. lama tak makan tauhu sumbat. sedap tu kak. hihi. :D

    ReplyDelete
  14. Amantgk mlm2 ni pun terasa lapar ni

    ReplyDelete
  15. Hujan2 gini, tenguk gambar makanan terus rasa lapar semula.
    Pada hal baru lepas makan.

    ReplyDelete
  16. Alamak! Terasa pulak di hati sebabnya memang saya selalulah juga tidur selepas Subuh di hujung minggu. Kononnya nak qada' tak cukup tidur di hari-hari bekerja. Punyalahkan...

    Time hujan turun ni kalau minum teh o dan makan biskut kering pun sedap....

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign