Asam Garam Kehidupan: Kalau susah minum air.

Nuffnang

Pages

8 Nov 2017

Kalau susah minum air.

Susah minum air kosong meh. Musim2 hujan ni, tak rasa dahaga pun. Dahla ada masalah sakit pinggang kalo kurang minum air. Agaknya buah pinggang terpaksa bekerja keras bila kekurangan air kan.

Alhamdulillah, terpikir plak nak minum air suam. Barulah boleh minum. Kalau air sejuk takleh minum, kita minum air suam, barulah kurang rasa sakit kat pinggang tu.
Kena campur air panas dulu, barulah boleh minum dengan selesa, kalo tak segelas pun tak terminum sebab tak dahaga.
Menjadi plak bunga kemboja mylaling musim2 hujan ni. Pokok ni sebenarnya Tak boleh kena banyak air,tapi tengokla bunganya tu, warna merah tu paling meriah bunganya, warna pink baru dua Kali berbunga, warna putih baru belajar berbunga.
Saya nak share something...
Dari radio IKIM..
Di hujung hayat, jika kita dapat mengucapkan kalimah Lailahaillallah..in shaa Allah kita akan masuk syurga, tapi...di hujung nyawa macam tu, dalam keadaan kita sedang sakarat, bolehkah Kita mengucapkan kalimah tersebut, jika di waktu lapang, waktu Kita sihat, mampu bercakap...tapi kita sia2kan waktu begitu saja, jadi dalam keadaan genting begitu bolehkah Kita ucapkan...?

Dari Tazkirah viral di channel mayaHD, kata-kata dari PU Rahmat, jika Lori bunga yang terbalik, yang keluar dari lori tersebut mestilah bunga, tapi jika lori sampah yang terbalik, yang keluar dari perut lori tu tentulah sampah. Jadi bayangkan apa yang akan keluar dari mulut Kita di saat sakarat, jika yang selalu keluar dari mulut Kita adalah maki hamun dan kata2 kesat...

14 comments:

  1. Makchaq pulak tak suka air panas, suka minum air peti ais.. dah biasa macam tu.. kalau cuaca sejuk pun nak minum air sejuk dlm peti jugak..

    Semoga kita mendapat pengakhiran yang baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lejen ar mak chaq, minum air sejuk peti sejuk2 ni, kalo Saya sejuk2 ni kadang lupa nak minum air.

      In shaa Allah ye mak chaq, semoga Kita semua mendpt husnul khatimah

      Delete
  2. Seawal pagi sambil masak, saya cuba minum air masak sebanyak mungkin sbb masa kat pejabat, kdg2 lupa nak minum air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, kadang lupa Kan, terutama musim hujan2 ni, Tak rasa dahaga.

      Delete
  3. Betullah mak....mmg tak de selera nak minum air kalau tak ye ye ek, lagilah sekarang ni musim hujan.

    Betul jugak perkongsian ko tu mak...kalau dah lori sampah takkan kalau terbalik keluarnya bunga pulak ek! Seram pulak mikirkannya

    ReplyDelete
  4. Kata-kata kak Nor Azimah mmg wake up call. Betul kata PU Rahmat tu. GV setuju 100%.

    ReplyDelete
  5. Betul lah Azi,ujan2 sejuk nak minum air pun terlupa kadang.Akak dah tua ni memang minum air kosong je ,tak kira lh suam ke sejuk.Kalau makan kat luar pun akak mesti cari air mineral je.
    Terimakasih peringatan yang dikongsi....mudah2an akhir hidup kita dengan iman.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Terima kasih atas ingatannya. Memang setiap hari kena minum air kosong. Alhamdulillah saya masih istiqamah minum air kosong setiap hari. Minuman berais, entahlah sudah berapa lama tidak minum... Dah berusia begini banyak yang kena jaga..hehe

    ReplyDelete
  7. Air amat penting utk kesihatan. Is adalah keperluan.. semoga kita beeakhir dgn khusnul khotimah

    ReplyDelete
  8. Saya ni biar lelai suka keindahan bunga ..wah rajin menanam ya..

    ReplyDelete
  9. tazkirah yang menusuk kalbu, semoga kita semua ibarat "lori bunga" bukan "lori sampah" ... kalaulah pengeluar kata2 sampah tegar, faham akan maksud tersirat nasihat ringkas ni, alangkah indahnya dunia ini...

    ReplyDelete
  10. Saya akan paksa diri minum air kosong jgak. Sebab kalau tak cukup air kosong, jerawat senang naik la, rasa mengantuk tak bertenaga la, perut rasa sebu kembung, macam2. By the way, suka tengok laman rumah yang ada banyak bunga2 ni. Sejuukkkk je mata, tenaaaang je rasanya. :)

    ReplyDelete
  11. Hujan itu rahmat Allah sebab semua hidupan memerlukan air.

    ReplyDelete
  12. Saya pun spesies susah nak minum air kosong. Ikut sedap anak tekak aje apa air nak minum kecuali air kosong. Tapi bila dah rasa diri tu semakin tua, cuba-cuba juga bermesra dengan minum air kosong. Dahlah makan pun memilih-milih apa nak!

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign