Asam Garam Kehidupan: Tambang bas sekolah naik lagi tahun depan?

Nuffnang

Pages

5 Dec 2017

Tambang bas sekolah naik lagi tahun depan?

Korangggg, huhuhu.

Tengok tak berita tv9 malam tadi? Katanya tambang bas sekolah bakal dinaikkan antara Rm10 ke rm20, bergantung kepada kawasan luar bandar atau bandar.

Anak den ada 3 orang lagi yang pergi sekolah, balik sekolah naik bas. Si abang Iman naik satu bas untuk pegi balik, si kakak Nadhrah pegi naik van sekolah orang lain, balik naik bas sekali dengan abang Iman, tahun ni tambangnya rm90, nampaknya tahun depan kalo naik jadi rm110.
Si Umar Zikri pula pegi sekolah ugama naik van orang lain, balik sekolah ugama naik van uncle Rajan, pegi sekolah kebangsaan naik van sekali kakak Nadhrah, balik sekolah kebangsaan naik van uncle Rajan. Untuk dia tambangnya tahun ni sorang je dengan kenderaan yang berlainan tu tambangnya campur2 dah jadi rm105, untuk tahun depan tak taulah berapa tuan2 van tu nak caj. Kalo setiap sorang toke van naikkan Rm10 juga?

Belum apa2 den dah rasa bahang keperitan hidup tahun depan. Itu baru tambang bas naik, belum lagi keperluan lain, harus naik juga rasanya. Yang tambang bas tu naik kata mereka yang berkenaan tu sebab nak ringankan beban yang ditanggung oleh pengusaha bas sekolah. Habis beban hidup kami rakyat marhaen ni sape nak fikirkan??

Nampaknya nak tak nak, perit tak perit, payau, pahit, semua tu kenalah dihadap juga. Sudah itu ujian hidup di akhir zaman ni, janji Rasulullah yang mengatakan tahun demi tahun kehidupan semakin perit dan mencengkam. Mari kita jadikan Allah sebagai tempat mengadu....

7 comments:

  1. Itulah kan kak, saya ni pun tahun depan 2 orang dah sekolah dan perlu naik van sekolah, memang kos tahun depan akan meningkatlah.. huhuhu nak buat macammanakan suka tak suka kena hadap jugakan, duit gaji yang dapat nak menabung pun susah sekarang ni..

    betullahkan pergantungan kita hanya pada Allah sajalah

    ReplyDelete
  2. Sadis, naik, naik, naik... mana yang turunnya?

    ReplyDelete
  3. rasanya setiap tahun naik, minyak naik, tambang naik...

    ReplyDelete
  4. Ha ah. Akak tengok berita dah. Banyak juga naiknya tu 🙁

    ReplyDelete
  5. Berat weyhhhhhh, tetap terasa w/pun suami uruskan anak...

    ReplyDelete
  6. takdak chance si mama nak pencen jadi driver anak2 :)

    ReplyDelete
  7. Mak bab bab tambang bas ni tak berapa hairan sanagtlah kan sebab hantar sendiri. Naik yeh? Tumpang kesianlah kat ko mak, nak buat macam mana. Mau tak mau nampaknya kena hadap jugaklah ek.
    Tak pe mak besok kalau anak anak ko dah beso beso insyaallah senang hidup ko mak

    ReplyDelete

Baju Muslimah

Asam Garam Kehidupan Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign